Versi: Bahasa Melayu

Khamis, 23 Mei 2013

 137 Pembaca Online

Halaman: Cerpen

Cerita Cerpen

Keranda Untuk Ayah

altDi suatu ceruk kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.

Air Mata Keinsafan

Seusai Solat Maghrib berjemaah, Iman terus mencapai Al-Quran dan Terjemahan hadiah dari seorang temannya. Lafaz kesyukuran diungkap perlahan kerana masih ada insan-insan yang sudi berhimpun untuk mengabdikan diri padaNya. Sue, Rina, dan Yasmin antara insan yang setia berhalaqah di tengah-tengah ruang 'bilik study' itu sambil menunggu kedatangannya untuk memulakan sessi tazkirah.

Bukan Hatinya Tidak Pernah Sedih

altHati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Saat Rindu Berbisik

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.

Dia Jodohku

Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikit pun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati.

Kenapa Jalan Tak Jem Semasa Cuti Sekolah?

Hairan, ya? Mengapa lebuh raya tak sesak masa cuti sekolah? Apa bezanya cuti sekolah dengan tak cuti sekolah hinggakan jalan raya jadi lengang? Pada musim persekolahan, bukan jalan raya di kawasan sekolah sahaja yang sesak, malah lebuh raya pun begitu.

Islam Itu Bukan Hanya di Sekolah Agama

altIzzati. Indah nama itu. Secantik dan semulia akhlak insan yang menjadi pemegangnya. Hidup di IPIS (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) memang merupakan impiannya sejak sekian lama. Sudah hampir 3 tahun dia berdoa agar dirinya nanti dihantar ke suatu tempat yang dia kira cukup Islamik ,agar mudah untuk dia mengubah diri serta jalan hidupnya.

Kisah Tukang Gunting Rambut

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.

Warkah Dari Baitul Atiq

Orang ramai sudah memenuhi balai pelepasan. Kelihatan pelbagai perasaan dan luahan rasa tergambar di wajah masing-masing. Passport, tiket dan beg sandang yang mengandungi dokumen-dokumen penting aku pegang erat.

Ada seorang pak cik tua terkumat-kamit mulutnya di kerusi hujung. Wajahnya tenang sekali.

Layang-layang Itu

Di suatu petang yang sangat nyaman dan tenang, si kakak membawa adik kecilnya berjalan ke taman permainan berhampiran dengan rumah mereka.

Si adik yang berusia dalam lingkungan umur lima tahun kelihatan sangat gembira memandangkan sudah sekian lama si kakak tidak membawanya ke taman itu. Maklumlah, kakaknya baru sahaja dapat pulang bercuti.

Page 18 of 20