Pokok Jiwa Tiga Beradik

alt“Adik.. Bangun la.. Tak elok tidur lepas subuh ni..”
Si Angah mengejut Si Adik yang menarik selimut selepas selesai solat subuh.

“Laa.. Tidur lagi.. Oit.. Bangun la.. Orang dah siap mandi dah.. Sejukkkk!!”
Si Along keluar dari bilik air kesejukan.

“Angah gi la mandi dulu.. Nanti dah sudah mandi kejut adik eh.. Mandi lama-lama sikit..”

Si Adik menarik semula selimut menyelubungi seluruh badannya.

Pagi itu, suasana ceria dengan tiga beradik berkumpul semula. Setelah sekian lama mereka tidak berkumpul dan bermesra begitu. Pagi itu juga mereka bersarapan sekeluarga bersama. Si Ayah cuti dan Si Emak pun menyediakan sarapan yang amat menyelerakan. Sambil makan, Si Ayah dan Si Emak mengambil tahu keadaan anak-anak mereka. Masa yang terluang bersama dimanfaatkan.

Antara faktor masalah sosial di kalangan anak-anak adalah disebabkan kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Si Ayah dan Si Emak cukup memastikan keluarga ini tidak akan melahirkan anak-anak yang menyumbang kepada masalah tersebut.

“Mak, ada nak wat apa-apa ke pagi ni, mak?”
Si Adik bertanya setelah selesai pinggan yang terakhir dibasuhnya.

“Tu halaman rumah tu, nak kemaskan sikit. Nak tanam pokok-pokok sikit.. Adik nak tolong ker?” Si Emak bersiap-siap untuk mengemas halaman rumah.

“Tu abah dah ada kat luar tu.. Pergi la tengok kot-kot ada apa-apa yang boleh ditolong.”
Tambah Si Emak lagi. “Laa.. Dah kat sini rupanya.”

Si Adik tengok Si Along dan Si Angah dah sedang menolong Si Ayah.

“Nak tolong jugak..” Katanya.
“Ha.. Meh sini tolong… Tolong tengok..”
Si Along menyakat Si Adik sambil mengangkat batu bata terakhir untuk di susun buat alas pasu-pasu bunga Emak.

“Tolong tengok wat pe.. Tu kucing tu dari tadi dah tecongok kat situ tolong tengokkan..”
Si Adik geram tak dapat tolong apa-apa lagi. Si Adik pun mendapatkan Si Ayah yang sedang menguis-nguis tanah menggunakan penyodok kecil.

“Hmm.. Macam menarik..” Monolog Si Adik dalam hati.
“Abah wat pe, bah?” Tanya Si Adik kepada Si Abah.

“Macam best je.. Nak tolong..”
Si Adik menghulurkan tangan meminta penyodok kecil untuk menolong.

“Nah.. Baik-baik.. Buat lubang untuk tanam anak pokok ni..”
Si Ayah menghulurkan penyodok kecil kepada Si Adik.

“Anak pokok apa ni, abah?”
tanya Si Adik sambil menguis-nguis tanah dengan penyodok.

“Pokok mangga.. Dah besar nanti boleh la kita wat pangkin, berteduh bawah dia..”
kata Si Ayah sambil mengesat peluh di dahi. Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya.

Si Along dan Si Angah yang telah selesai dengan kerja mereka datang merapati Si Adik. Si Ayah melemparkan pandangannya jauh.

“Tapi.. lambat la nak tunggu dia besar..” Si Adik mencebik muka.
“Nak kena jaga elok-elok lagi..” Si Angah menambah.

“Pastu rumput ni senang-senang jer tumbuh dekat sekeliling dia..”
Si Along pula bersuara.

“Mula-mula memang la macam leceh….”
Suara Si Emak kedengaran dari muka pintu.

“Tapi bila dah berbuah nanti, korang jugak yang dapat rasanya.”
Sambung Si Emak sambil meletakkan air minuman yang dibawanya ke atas meja.

“Mula-mula, kena jaga elok-elok anak pokok tu.. Jangan bagi kena pijak, jangan bagi kucing kais-kais tanahnya. Rumput-rumput kat sekeliling pokok tu pun kena cabut selalu.”
Si Emak memberitahu.

“Bagi akar dia kuat dulu, bagi tumbuh daun-daunnya, bercambah dahan-dahannya. Nanti bila pokok tu dah besar, dah merimbun, baru la dapat kita buat pangkin duduk kat bawah dia, pastu sambil-sambil tu boleh makan buah dia. Ha.. Sebelum tu, nah.. kita minum jer air kordial mangga yang mak buat ni.” Si Emak menghulurkan gelas berisi air mangga kepada Si Ayah, Si Along, Si Angah, dan Si Adik, kemudian Si Emak meneguk air mangga dari gelasnya bersama-sama.

“Tu la ciptaan Allah.. Akhirnya kebaikannya dapat kat kita jugak..” kata Si Along.
“bukan pokok mangga je macam tu tau….”
“memang la.. pokok-pokok lain pun sama jugak.”
Si Angah mencelah sebelum sempat Si Ayah menghabiskan kata-katanya.

“Maksud abah, ada jugak pokok lain selain tumbuh-tumbuhan ni yang macam tu..”
Si Ayah cuba menerangkan.

“Pokok apa, abah?” Si Along, Si Angah, dan Si Adik serentak.
“Pokok jiwa..” Si Emak yang menjawab.
“Pokok jiwa?” tiga beradik itu sekali lagi serentak. Tidak faham, dan ingin tahu.

“Jiwa.. Jiwa kamu semua.. Jiwa manusia..”
Si Ayah mula berbicara.

“Muslim cemerlang jiwanya kuat. Nak memperoleh jiwa yang kuat, bukan senang. Jiwa yang kuat perlu disemai dan dijaga dengan elok dan berhati-hati. Rumput-rumput yang tumbuh disekeliling anak pokok mangga, samalah anasir-anasir luar yang mengancam pokok jiwa. Baja yang ditabur dan air yang disiram untuk anak pokok mangga, samalah dengan nasihat, motivasi, dan ilmu yang perlu diberikan kepada pokok jiwa. Sukar dan lama untuk membina akar yang kuat untuk anak pokok mangga, Sukar dan lama juga untuk membina keyakinan pokok jiwa. Tapi.. apabila sudah terbina akan ia, akar yang kuat itu, maka ia akan terus bercambah sehingga dahan dan daunannya menjadikannya sebuah pohon yang rendang, rimbun, menaungi dan memayungi manusia yang berteduh di bawahnya serta mengeluarkan buah-buah yang sedia dipetik dan lazat dimakan. Begitu juga pokok jiwa, apabila sudah terbina keyakinan yang kukuh padanya, berserta dengan proses tarbiyah yang berterusan maka manusia itu akan menjadi tempat rujukan dan menjadi teman serta mendatangkan manfaat pula kepada orang lain.” Panjang lebar bicara Si Ayah.

“Dan.. Macam-macam pokok kita boleh tanam.. Pokok mangga, pokok rambutan, pokok apa pun.. Buahnya tetap ikut pokok tersebut.. Dan di jiwa kamu? Tanamlah pokok jiwa yang akan membuahkan keimanan, keilmuan, semangat jihad, dan lain-lain.”

Si Ayah mengakhiri bicaranya sambil menghabiskan air mangga di gelasnya. Si Along, Si Angah, dan Si Adik mengangguk-angguk mendengar nasihat daripada Si Ayah. Di dalam hati mereka berkobar-kobar untuk menyemai pokok jiwa.

- Artikel iluvislam.com

Penulis

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas