
Baju untuk raya emak abah dah belikan. Dan hasilnya, dua helai baju kurung bersaiz 42. Kalau ikutkan si penjual, " Awak tinggi, kurus, kenapa nak ambil yang besar? Yang saiz 38 ni cantik dik". Senyum.

Baju untuk raya emak abah dah belikan. Dan hasilnya, dua helai baju kurung bersaiz 42. Kalau ikutkan si penjual, " Awak tinggi, kurus, kenapa nak ambil yang besar? Yang saiz 38 ni cantik dik". Senyum.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza.

Ramadan menjelang lagi. Bulan yang barakah yang ditunggu-tunggu kini telah pun memasuki 10 Ramadan. Agenda untuk menunaikan tarawih dan ibadah sunat yang lain ada di setiap minda kita. Keseronokan tadarus, dan moreh di kampung mengamit hati untuk pulang. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk berada di bulan yang penuh barakah ini.

Riuh rendah.. "Esok puasa esok puasa!".Begitulah keadaanya apabila pengunguman puasa dimaklumkan melalui televisyen mahupun radio. Di Malaysia telah diumumkan bahawa 1 Ramadan telah jatuh pada hari sabtu. Dan di Jordan pula masih menunggu pengumuman memandangkan jarak masa Malaysia dan Jordan 5 jam. Sungguh tidak sangka, Ramadan datang awal dari jangkaanku.

Aku melontarkan pandangan ke dada langit. Sekelompok awan bergerak secara perlahan-lahan. Aku pejamkan kelopak mata, menikmati bunyi ombak yang memukul pantai. Kelihatan beberapa anak muda mandi-manda di tepi laut. Aku tersenyum sendirian melihat gelagat mereka di atas bangku yang menjadi tempat dudukku.
"Begitu kemas buatannya." Bisikku dalam hati mengagumi pembuat bangku ini.

Sepanjang hidupku dan adik-beradikku, kami telah melalui kehidupan yang teramat perit mempunyai seorang ibu tiri yang kejam. Hinaan, maki hamun dan cercaan menjadi mainan dibibir ibu tiri setiap hari.

Entah kenapa idea sudah tidak mahu lagi singgah di ruang fikir. Fikiran buntu tak menentu. Mungkin kerana sering sandarkan diri kepada diri sendiri. Tanpa jauh melihat daripada mana sesuatu masalah itu datang dan kepada siapa yang harus kita mengadu. Di mana pergi sistem kepercayaan yang selama ini kita pegang dalam konsep kerangka manusia. Lalu persoalan timbul... Di mana Allah di hati kita?

Ini rehal kayu. Rehal kayu kesayangan saya. Rehal ini adalah teman setia saya setiap kali hadir ke kuliah atau pengajian ilmu. Mungkin pada orang lain, tiada apa-apa nilainya. Tapi, buat diri saya ianya sangat berharga. Ketiadaan rehal kayu saat dikuliah terasa seperti hilang sebelah tangan atau kaki. Itulah yang saya rasakan jika saya tertinggal rehal kayu yang selalu setia menemani.