Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 326 Pembaca Online

Halaman: Tokoh

Tokoh

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga

altPernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Shamsul Qamar - Belia Perlu Berani Rebut Peluang

altBerbual bersama anak muda ini seolah-olah kami sudah kenal lama. Walaupun pertemuan baru beberapa minit. Peramah, senang diajak berborak dan mesra antara ciri yang ada pada anak muda ini. Pemilik nama Shamsul Qama A. Rani graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, senang diajak berbual apa-apa juga topik.

Fadzli Yusof Pencetus Kuasa ‘Sains Sukses’

Mungkin masih ada yang kurang mengenali nama Fadzli Yusof. Namun, ternyata dengan hanya mendengar secebis kisah tentang diri dan kehidupannya mampu membuat sesiapa sahaja berasa kagum dan teruja. Manakan tidak, ketika Fadzli berada di tingkatan dua sahaja beliau pernah bangun pada jam 4 pagi untuk menebar kira-kira 200 biji roti canai, menggoreng dan membungkusnya. Semua ini dilakukan demi memenuhi hasrat hatinya untuk memiliki sebuah basikal. Agaknya mungkin ada segelintir kecil sahaja remaja di luar sana yang punya semangat kental sebegini.

Ya Rasulullah

altSambutan memperingati Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran al-Karim dan berceramah mengenai sirah baginda SAW ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda SAW.

Percaya Pada Diri Sendiri Dorong Kejayaan Sinnathamby

Kepercayaan kepada diri sendiri menjadifaktor utama yang mendorong kepada kejayaan usahawan kelahiran Malaysia, MahaSinnathamby, yang meningkat menjadi pemaju hartanah terkemuka di Australia.

Ahmad Naim Bantu Cari Kehidupan Sebenar Melalui Sekolah BAKAT

Untuk membawa sesuatu perubahan dalam masyarakat bukanlah mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya jika masyarakat telah ter 'budaya' dengan keadaan sedemikian berpuluh tahun lamanya. Tetapi, dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, semua ini dapat dilakukan dengan izin Allah.

Zahra Ma'soumah Perjuangkan Islam Dengan Cara Sendiri

Kejadian lemas di Tasik Chenderoh, Perak kira-kira 16 tahun lalu masih segar dalam ingatan gadis manis ini. Namun semua itu tidak meninggalkan sedikitpun trauma dalam dirinya. Mengambil iktibar dari peristiwa itu, dia bertekad untuk belajar berenang. Atas dorongan kedua-dua ibu bapanya, hari demi hari disemai rasa 'cinta' terhadap hobi baru itu. Harapannya agar peristiwa hitam tersebut tidak berulang kembali. Tetapi ternyata apa yang diperolehnya pada  hari ini lebih dari apa yang pernah terjangkau dek akalnya sendiri.

Ustaz Zaharuddin Tokoh Perbankan Islam

"Semuanya bermula sewaktu di Universiti Malaya, ketika itu saya memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Dan dari situ jugalah saya dapat merasakan tanggungjawab dan peranan yang perlu saya pikul dalam membimbing serta membuka jalan kepada anak-anak muda tentang keilmuan Islam," itulah kata-kata permulaan yang keluar dari mulut pendakwah terkenal, Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman.

Zamir Shukri Zain - De Palma Hotel

Tuah ayam nampak di kaki. Namun, tuah orang siapa yang tahu. Demikian juga yang berlaku pada anak muda kelahiran Pulau Pinang, Zamir Shukri Zain, 35 tahun. Siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, beliau sudah pun menjawat jawatan pengurus di sebuah hotel di tanah kelahirannya.

Shazni Munir Tabah Hadapi Ujian Dan Dugaan

"Tak apa bang, teruskan perjuanganmu. Jika rintangan dan ujian yang diberikan kepada kamu, hadapinya dan kita akan lawan." Dia tidak akan melupakan kata-kata itu.

Page 5 of 6