Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 144 Pembaca Online

Halaman: Tokoh

Tokoh

Diversi Sebuah Legasi

Entah kenapa terasa seperti ada suatu kuasa mendesak jauh dari sudut kolong nubari kecil lagi walah ini menyeru untuk bangun menegakkan satu seruan. Seruan yang tidak membawa kepada sia-sia, seruan yang menyangkal mutlak kepimpinan taghut, itulah gambaran yang membungkam jiwaku setelah teringat kembali perjuangan yang mencetuskan satu fenomena terhadap dunia Islam pada suatu ketika dahulu, tidak lain tidak bukan perjuangan tokoh yang membayar harga yang sangat mahal demi perjuangan menegakkan Islam, nyawanya tercabut dengan tembakan peluru 'konspirasi' pada Februari 1949.

14 Februari: Valentine Atau Adnan Saidi?

Terserahlah, sama ada untuk bergembira dengan Saint Valentine (Valentine's Day) yang tiada dalam sejarah tempatan, atau terharu dengan The Last Man Standing dalam sejarah keberanian dan kepahlawanan Melayu, sehinggakan ke tahap pertempuran menggunakan benet dan akhirnya gugur sebagai bunga bangsa.

Mari baca riwayatnya melalui Wikipedia.

Khadijah Srikandi Kesayangan Rasulullah

altKepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.

Saidina Ali Pakar Matematik

altSaidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW. Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa beliau juga merupakan seorang pakar matematik.

Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz : Pilih Masjid, Tinggalkan Gereja

altKetika menghadiri forum perdana di Hotel De Palma Ampang, penulis tertarik untuk mengetahui kisah lanjut tentang seorang ahli panel yang merupakan bekas paderi Kristian di Sabah. Alhamdulillah, penulis dapat merungkai perjalanan yang ditempuhi oleh beliau sehingga hatinya kini berpihak kepada Islam. Bagaimana dulu beliau yang pernah memurtadkan 200 orang Islam kini berjaya mengislamkan hampir 2000 orang dari pelbagai kaum.

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman : Mantapkan Taranum & Qiraat dalam Akademi Al Quran

altBagi segelintir orang, apalah sangat dengan Akademi Al-Quran (AQ) di TV9. Daripada AQ, lebih baiklah masuk rancangan realiti TV lain yang lebih popular seperti Akademi Fantasia (AF) ataupun Mentor. Kalau tidak menang sebagai juara pun, tetap juga boleh jadi glamor dan dikenali orang sebab bilangan penontonnya yang sememangnya ramai.

Prof Madya Dr. Harlina : Selarikan Bidang Kedoktoran Dengan Tuntutan Dakwah

altIkhlas dalam setiap pekerjaan adalah kunci kejayaan bagi Profesor Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har. Tugas sebagai Doktor Pakar (Klinikal) Obstetriks & Ginekologi (O&G) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sedikit pun tidak menghalang beliau untuk aktif bergiat dalam badan-badan NGO seperti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Anas Bin Malik

alt

Adakah anda kenal sahabat Rasulullah ini?
Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori  tidak asing lagi sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan hadith, kenalkah anda siapakah Anas Bin Malik ini?

Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik menjadi salah seorang perawi hadith pada zaman Rasullullah S.A.W dan bagaimanakah kehidupan beliau semasa zaman Rasullullah. Pengkaji sejarah menyatakan Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadis sepanjang kehidupannya bersama Rasulullah.Wallahua'lam..

Sultan Muhammad Al-Fateh

altSabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Wanita Pertama Menghuni Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.

Page 4 of 6