Versi: Bahasa Melayu

Khamis, 23 Mei 2013

 446 Pembaca Online

Halaman: Tokoh

Tokoh

Mencintai Rasulullah S.A.W

altDengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sempena Maulidur Rasul, Mari kita mendalami cinta Rasulullah SAW.

Saat Nabi Hampir Wafat

altTerdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

altAdakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

Umat Islam Perlu Lahirkan Ramai Tenaga Pakar

altIlmu perubatan merupakan di antara bidang yang paling digemari oleh orang-orang Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Pengajian dalam bidang ini telah muncul seawal abad pertama Hijrah.

Ramai tokoh-tokoh perubatan Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sains perubatan antarabangsa untuk beberapa abad lamanya.

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia..

altAdnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.

Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People's Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.

Mus’ab bin Umayr Pahlawan Islam yang Syahid

altSewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus'ab bin Umayr ditugaskan memegang bendera Islam. Pada awalnya kaum muslimin berjaya menguasai pertempuran, sehingga tentera musyrikin bertempiaran lari. Peringkat kedua peperangan, berlaku kelekaan dari kalangan pasukan yang mengawal bukit Uhud, yang telah membuka ruang kepada musyrikin untuk melakukan serangan balas kepada muslimin.

Uwais Al-Qarni, Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Thabit ibn Qais R.A.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga-moga, saya, anda dan kita semua berada dalam lingkaran Iman yang mengikat hati-hati kita untuk mencintai Allah S.W.T.

Episod Syukur Catriona Ross

altSuatu ketika dulu beliau pernah berasa tidak selesa dengan golongan yang menunaikan solat malah memandang 'ngeri' wanita bertudung litup. Tidak cukup dengan itu, agama baginya hanyalah sebuah ideologi. Bukan kepercayaan mahupun pegangan yang perlu diperkukuhkan. Apa yang dimilikinya pada waktu itu lebih-lebih lagi hal kebendaan mesti dibangga-megahkan.

Berpegangkan mantera "you have to be seen", fasa kehidupannya pada waktu itu dilalui tanpa terpalit sedikitpun rasa syukur dalam hati sanubari. Bukan terlupa untuk memanjat doa atas segala kurniaan, namun baginya untuk apa? Itu semua tidak penting pun. Lantas rona kehidupan pada waktu itu dilaluinya dengan penuh asyik mengikut persepsi ciptaannya sendiri.

Buku: The Sealed Nectar

Pada tahun 1976, persidangan pertama tentang Sirah Nabi Muhammad S.A.W telah berlangsung di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Dunia. Liga ini telah menganjurkan pertandingan menulis Buku Biografi junjungan besar Muhammad S.A.W. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah 50000 Saudi Riyal (RM60000-RM65000).

Page 2 of 6