Ahmad Naim Bantu Cari Kehidupan Sebenar Melalui Sekolah BAKAT

altUntuk membawa sesuatu perubahan dalam masyarakat bukanlah mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya jika masyarakat telah ter ‘budaya’ dengan keadaan sedemikian berpuluh tahun lamanya. Tetapi, dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, semua ini dapat dilakukan dengan izin Allah.

Wataknya yang mesra, peramah, dan berkeyakinan yang ditonjolkan Ahmad Naim Jaafar telah menggambarkan beliau adalah individu yang berjaya. Anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik kepada pasangan Haji Jaafar dan Hajah Siti Hajar adalah pelajar lulusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya bermula di peringkat awal universiti lagi melalui Persatuan Fasilitator di UIAM program-program khidmat komuniti. Bertitik tolak dari situ saya mendapat pendedahan awal mengenai situasi, landskap, peluang dan cabaran yang melibatkan isu kepimpinan, pendidikan dan pembangunan manusia di Malaysia. Saya bersyukur kerana bertemu orang yang banyak membantu saya belajar dalam bidang ini,” ujar beliau apabila ditanya penglibatan awalnya dalam bidang perunding ini.

Beliau juga adalah seorang penulis yang telah menulis pelbagai jenis buku antaranya ialah Sekolah Bakat. Penulis tertarik dengan program BAKAT yang sedang diperkenalkan meluas kepada masyarakat Malaysia kerana bagi penulis inilah satu-satunya program yang amat berbeza dari program yang lain.

Hidup bermakna

Masyarakat akan menggangap pelajar jurusan undang-undang akan komited menjadi seorang pesuam setelah tamat belajar nanti. Namun bagi Ahmad Naim Jaafar hidupnya lebih bermakna apabila beliau dapat mencipta nilai pembangunan dalam diri individu lain.

“Mudah jika saya sekadar menjadi seorang peguam. Selesai masalah! Menjadi peguam adalah kerjaya yang sudah ada petanya, lalu sahaja seperti yang dirancang. Saya seorang manusia yang mencari makna hidup, bukan seorang yang menjadi status sosial atas gelaran tertentu,” ujarnya. Kini, beliau masih lagi aktif dalam bidang guaman. Tetapi baginya makna kehidupan itu banyak diperolehi dalam platform pendidikan.

Penubuhan

Training Development Consulting telah ditubuhkan sejak tahun 2008. TDC ini merupakan peneraju pembangunan bakat di Malaysia yang bertemakan “Innovating the Nation’s Future”. Tema ini menjelaskan misi TDC untuk meraikan bakat individu di setiap peringkat masyarakat. Menurut Ahmad Naim, konsep Sekolah Bakat ini kemudiannya dibangunkan sebagai signature program.

TDC menjadi perhatian ramai berikutan pengumuman Menteri Pelajaran mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. Kesan pemansuhan itu dilihat membuka ruang kepada pembelajaran yang sebenar yang diperjuangkan oleh Sekolah Bakat selama ini. Kemudian, pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri mengenai penubuhan Talent Corporation membuktikan bahawa ‘era bakat’ semakin berkembang di seluruh dunia. Kerajaan Malaysia dikatakan mengambil langkah tepat bagi memastikan bakat yang ada di Malaysia tidak dipersiakan.

“Kami juga bekerjasama dengan banyak organisasi yang menyokong dan mempercayai visi kami. Contohnya satu taman tema yang berteraskan bakat dan kerjaya, Kidzania, bakal dibuka di Mutiara Damansara akhir tahun ini,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Kidzania yang mempunyai 7 cawangan lain di seluruh dunia (Jakarta, Dubai, Tokyo, Mexico City, Lisbon) bakal memuatkan lebih 80 jenis kerjaya (juruterbang,jurusoleh,doktor,pelukis dan lain-lain). Para pelajar dalam lingkungan 4 hingga 13 tahun boleh mencuba pelbagai jenis pekerjaan pilihan mereka sendiri secara bebas sambil mendapat gaji selepas melaksanakan pekerjaan tersebut. Mereka juga amat berbesar hati kerana konsep sekolah bakat ini bakal menjadi jambatan dalam merealisasikan impian pelajar-pelajar.

“Saya selalu teringat dengan kata-kata Prof Hamka, ”jadilah penulis (manusia) yang memeta masa depan.” Mutiara kata itu yang saya pegang apabila mula mencetuskan idea Sekolah Bakat walaupun pada mulanya idea ini tidak di sambut baik oleh masyarakat umum. Namun, saya percaya manusia memerlukan masa, sokongan dan ruang untuk menerima perubahan. Tetapi tanpa pemikiran yang radikal terhadap perubahan, tidak akan ada apa-apa peningkatan yang signifikan akan berlaku,” kata beliau dengan penuh bersemangat.

Istimewa BAKAT

Menurutnya, bakat adalah keistimewaan atau kelebihan manusia yang membolehkan seseorang berupaya memaksimumkan potensinya. Jika dibangunkan secara sedar, bakat boleh menjadi satu kelebihan kompetitif apabila ia digabungkan dengan pendedahan ilmu, kemahiran dan galakan.

“Cabaran paling besar mengenai pembangunan modal insan adalah bagaimana seseorang mampu mencipta nilai sambil dalam masa yang sama terdapat ratusan ribu orang lain yang mampu melakukan kerja yang sama dengan kadar upah atau gaji yang lebih murah dan lebih efisyen. Ini adalah isu dasar. Persoalannya adakah dengan kita menjadi semakin terpelajar mengikut kayu ukur akademik bakal menyelesaikan masalah asas secara kreatif dan inovatif?” jelas beliau dengan panjang lebar.

Di sebabkan itu konsep pembangunan bakat sebagai penyeimbang bahkan akan menjadi keutamaan dalam proses pembangunan modal insan tanpa menafikan komponen-komponen pembangunan diri yang lain. Pembangunan bakat merangkumi proses yang komprehensif (walaupun adakalanya kita tidak sedar proses itu berlaku).

Sejak penubuhan Sekolah Bakat ini, TDC berjaya membuka mata dan hati para pemimpin negara, pemimpin masyarakat sivil, guru-guru dan ibu bapa dalam usaha meraikan bakat para pelajar serta anak muda Malaysia. Kini, TDC giat bergerak melalui organisasi kerajaan dan swasta melalui inisiatif Corporate Social Responsibilities (CSR).

Natijah Sekolah Bakat

Apabila ditanya mengenai natijah yang signifikan dengan tertubuhnya sekolah Bakat, Ahmad Naim dengan berbesar hati untuk berkongsi untuk faedah para pembaca. Antaranya ialah:

1.Tidak ada pelajar yang malas untuk belajar. Cuma cara dan personaliti belajar yang membezakan cara seseorang belajar. Perlumbaan dalam sistem pendidikan berteraskan peperiksaan hanya menghasilkan 5-8% pelajar yang memiliki bakat akademik. Kemungkinan sangat besar bagi seseorang pelajar mengabaikan kelebihan dan bakat-bakatnya dalam proses pembelajaran.

2. Majoriti orang dewasa mengakui mereka tidak di anggap seorang yang pandai dan mereka mengenalapsti bakat dan kelebihan diri (yang membawa mereka kepada kejayaan) di luar bilik darjah.

3. Ramai graduan yang tidak tahu tujuan dan berminat dalam mengambil satu-satu jurusan pengajian.

4. Pelajar yang mengetahui bakat dan potensi dirinya akan memiliki estim diri yang lebih tinggi dan mengurangkan risiko gejala sosial.

Membantu

Selain menumpukan perhatian kepada peserta yang berumur 9 hingga 18 tahun, TDC turut memberi penumpuannya kepada golongan dewasa seperti mahasiswa, graduan, bakal graduan, usahawan dan lain-lain lagi. Program itu dipanggil Bengkel Revolusi Bakat. Menurutnya, program ini sedang berjalan di seluruh negara untuk memberikan kesedaran, panduan dan juga pelan perancangan kepada para peserta bagi mengenalpasti diri mereka yang terbaik. Tambahan pula, program ini banyak mendedahkan trend dan fenomena serta membantu peserta mendalami bakat dan minat yang terdapat dalam diri mereka sendiri seterusnya cara membangunkan bakat tersebut.

Kebanyakan peserta yang menyertai program ini mengakui bahawa mereka tidak memahami diri mereka sendiri dan sentiasa terikut-ikut dengan kejayaan individu lain. Beliau menambah, di akhir program para peserta akan memahami bahawa kejayaan masa depan mereka bukanlah melalui ciptaan dasar kerajaan, iklim, ekonomi, dan sebagainya. Tetapi, semua itu bergantung kepada kesedaran bagaimana bakat diri. Jika itu dapat dibangunkan dengan baik, ia akan menjadi satu kejayaan yang bermakna.

Perjuangan

Sekolah Bakat adalah satu perjuang bagi yang besar bagi Ahmad Naim. “Apa yang saya perjuangkan adalah supaya satu hari nanti pelajar akan bangun pada waktu pagi dan gembira hendak ke sekolah. Kerana dia tahu sekolah itu meraikan bakatnya dan tidak akan menggagalkannya. Saya mengimpikan tidak akan ada seorang pun pelajar yang mengganggap diri mereka gagal atau bodoh selepas melalui program sekolah bakat. Selain daripada itu, kami juga sedang dalam perbincangan untuk mengkormesialkan program sekolah bakat ke dalam bentuk realiti TV,” akhiri beliau.

“Bakat adalah keistimewaan atau kelebihan manusia yang membolehkan seseorang berupaya memaksimumkan potensinya.”

Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-44. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :

    • Dosa Syirik – umat Terperangkap Tanpa Sedar
    • Al-Ma’thurat Syifa Buat Si Jiwa Kacau
    • Awas! Qadiani Ancaman Aqidah Umat Islam
    • Gema Azan Dan Salakan Anjing
    • Hormati Ibu dan Ayah Sampai Bila-Bila
    • Elakkan Perlakuan Khurafat Di Bulan Safar
    • Cheat Day – Bantu Untuk Diet
    • Akulah Lelaki Terhangat
    • Dan macam-macam lagi..

    Bagi mereka yang berminat menjadi stokis dan ejen tabloid iluvislam di IPT, sekolah atau pejabat (Semenanjung Malaysia sahaja) – anda boleh menghubungi pejabat kami di 03-42516702 atau 013-3024281.

    Bagi mereka yang mengalami masalah untuk mendapatkan tabloid di kedai berhampiran tempat tinggal masing-masing, anda boleh SMS secara specifik alamat rumah anda ke 013-3024281.

    Penulis

    Artikel Terkini

    • colorful-113
    • kehidupan1
    • hidayah1
    • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

    Komentar (0)

    Tarbiyyah Kreatif
    Kembali ke Atas