Versi: Bahasa Melayu

Isnin, 20 Mei 2013

 134 Pembaca Online

Cerita Dari Hati: Mencari "Nur" daripadaNya

baby

Apakah usaha kita dalam mencari redha Allah SWT? Rasanya setuju tak kalau saya katakan yang sebahagian kita yang lahir dalam keluarga Muslim kurang merasai nikmat Islam berbanding mereka yang mencari nur dan hidayah dan memeluk Islam hasil dari pencarian?

Dalam kata mudah, kita yang lahir dan peroleh Islam kerana ibu dan bapa kita Islam ini kemungkinan tidak merasai kemanisan Islam berbanding sahabat-sahabat mualaf kita yang mencari hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Setuju? Tak setuju?

Kebelakangan ini saya sering menerima mesej dan e-mel positif dari sahabat-sahabat yang menyokong nukilan saya di laman maya ini.

Yang lebih manis, saya peroleh sahabat-sahabat baru yang menyapa dan menghulur jabatan ukhuwah yang ingin menjalin persaudaraan di samping bertukar-tukar pandangan dan ide hasil dari 'cerita dari hati' yang saya kongsikan di laman facebook ini.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat untuk saya terus berkongsi pengalaman hidup kerana mereka kata apa yang saya kongsi ini merupakan jalan cerita mereka.

Mereka juga lalui apa yang saya lalui..

Saya amat bersyukur kerana medan maya ini menemukan saya dengan begitu ramai sahabat yang denai kehidupannya serupa dengan apa yang saya tempuhi.

Hebatnya perancangan Allah SWT kan?

Mereka doakan saya agar terus menulis untuk terus-terusan berkongsi 'cerita dari hati' ini kerana mereka rasa apa yang saya ceritakan ini adalah cerita mereka yang telah lama ingin mereka kongsikan tetapi tidak berkesempatan menukilkannya untuk dikongsi ramai.

Alhamdulillah..

Namun, antara ramai yang menghubungi saya itu, jiwa saya terusik dengan seorang adik saudara baru yang memeluk Islam yang menceritakan nukilan saya membuatkan beliau teruja dan bermotivasi untuk berusaha mengenal Islam dengan lebih mendalam.

Subhanallah...

Di dalam mesejnya beliau turut berkongsi pelbagai pengalaman dan 'cerita dari hati' beliau bagaimana Nur hidayah Allah SWT membuatkan dia memeluk islam dan berhijrah ke jalan yang diredhai ini.

 

Cerita-cerita beliau ini membuatkan saya merenung kembali akan jauhnya diri ini menghargai kemanisan Islam kerana saya juga merupakan antara mereka yang peroleh Ad-Deen secara percuma kerana dilahirkan dan di bin kan sebagai pemeluk Islam dari hari pertama saya menghirup udara di dunia ini.

Saya tidak mencari-cari...

Saya tidak lalui zaman gelap di mana Nur itu datang umpama sejalur sinar harapan..

Islam secara percuma yang saya peroleh ini..seakan-akan biasa-biasa sahaja..kerana memang lumrah kita sebagai manusia jarang menghargai sesuatu yang datang dengan mudah dan percuma, kan?

Bila membaca 'cerita dari hati' bagaimana hidayah itu menyapa beliau, saya rasa malu..

Saya rasa amat cemburu..

Saya rasa begitu kecilnya diri saya dalam konteks mengenal dan mencari redha Ilahi..

Talian ukhuwah yang kami bina dan perkongsian demi perkongsian yang beliau nukilkan benar-benar menyentuh hati saya..

Yang lebih menyentuh apabila dia menulis..

"Abang Naz, saya amat gembira jika cerita-cerita saya ini boleh abang kongsikan dalam nukilan-nukilan Abang Naz.

Moga ia akan menyambung rantaian 'cerita-cerita dari hati' insan-insan yang yang juga mungkin mencari-cari Nur dan insan-insan lain yang ceritanya sama dengan cerita saya.

Moga cerita-cerita ini bakal menjadi inspirasi mereka untuk menemukan Nur hidayah Allah SWT."

We Share, We Care kan?

InsyaAllah, doakan saya agar beroleh keupayaan untuk mengolah 'cerita dari hati' seorang adik yang bernama Nur ini, ya?

Saya akan mula berkongsi cerita ini dalam masa terdekat.

Insya-Allah..

 

Buat adik Nur..

Entri ini untukmu..

Terima kasih atas perkongsian dan inspirasi..

Moga kita terus berusaha mencari redha Ilahi..

Pada yang lain, renunglah..

Bersyukurkah kita atas segala nikmat Allah SWT selama ini?

Cukupkah kita memanjatkan kesyukuran padaNYA atas Islam yang kita peroleh secara percuma berbanding mereka yang berjihad, mencari dan bertemu jalan ini?

Carilah redha Allah SWT..

Dunia hanya pinjam-pinjaman..

Akhirat jua yang kekal abadi..

Wallahu'alam...

 

Nukilan:  Nazali Noor – Pensyarah Kanan Pengurusan Fasiliti di Liverpool John Moores University, United Kingdom

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom. Beliau berkongsi karya di http://www.facebook.com/mohdnazali.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!