
Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?
Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan sahabat baik saya, mengenai kisah-kisah hidup yang lepas. Apabila dikenang, memang banyak perkara menyakitkan yang telah kami lalui.
Acap kali saya berbohong kepada diri sendiri. Beberapa tahun yang lampau saya cuba menenangkan diri, "tidak mengapa saya tidak pandai membaca al-Quran. Saya bukan orang jahat, saya suka membantu orang lain. Allah akan pandang kepada kebaikan yang lain".
Saya sebenarnya malu mahu berbicara mengenai cinta. Bukan kerana saya memusuhi cinta, namun kerana dari kecil faham cinta saya malah mungkin sesiapa sahaja yang dilahirkan sebagai kanak-kanak dan remaja Islam Melayu di Malaysia tidak lepas daripada konotasi lagu-lagu jiwang tangkap cinta nyayian Slam, Scoin, Spoon, Spin, Exist, Budak Kaca Mata dan sewaktu dengannya. Kalau mahu nampak brutal sikit maka mereka layan XPDC.
Hidup ini sama seperti melalui jalanan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Sesekali kita tersesat dalam mencari destinasi sebenar. Kadang jalan yang dilalui penuh liku dan simpangnya. Sesekali kita akan bertemu dengan lubang yang besar. Paling tidak jambatan yang kita mahu kita seberangi roboh sedangkan destinasinya sudah semakin hampir. Tekanan yang dihadapi menjadikan kita runsing.
Agak lama juga saya tidak menulis nota-nota berguna yang InsyaAllah boleh saya jadikan peringatan untuk diri dan pada yang lain-lain. Terpanggilnya saya untuk buat artikel ini pun sebab sudah tak dapat bendung kerisauan terhadap masalah yang satu ini. Masalah yang sangat-sangat kronik pada masa kini bagi saudara seagama yang hampir keseluruhannya mempunyai akaun di laman sosial.
Kemarahan adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Tiada manusia yang tidak pernah marah. Kemarahan terbit dari kegagalan hidup, ketidakpuasan hati, dendam and perkara-perkara lain. Hal-hal kecil juga boleh mencetuskan kemarahan ibarat api kecil yang dicurahkan minyak tanah.
Kali ini saya ingin membangkitkan satu isu mengenai satu sikap yang boleh dikatakan menjadi 'habit' dalam kalangan pemuda hari ini. Apabila saya mengatakannya pemuda, jadi maaf sekiranya teguran ini saya tujukan kepada lelaki daripada golongan muda termasuk remaja.
Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu.