Versi: Bahasa Melayu

Ahad, 19 Mei 2013

 411 Pembaca Online

Halaman: Motivasi Temui Bahagia Dunia Akhirat

Temui Bahagia Dunia Akhirat

profmuhaya

Hidup bahagia menjadi idaman dan impian semua insan. Mendefinisikan hidup bahagia sememangnya mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata dan sangat mudah untuk disusun dalam bentuk kalimat. Namun erti bahagia itu sendiri masih kurang jelas dan kurang difahami oleh setiap individu.

Seharusnya, menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, terutamanya kebahagiaan dalam keluarga masing-masing.

Bagi merungkai erti bahagia dan bagaimana mahu hidup bahagia sepanjang masa, pakar motivasi terkenal, Professor Dr Muhaya Hj Mohamad akan membawakan seminar bahagia dan membahagiakan.

Buat pertama kalinya, program bersama pakar motivasi yang dikagumi ramai ini akan menyentuh tentang membina sebuah institusi keluarga yang proaktif, efektif dan sihat, seimbang dengan tuntutan dunia dan akhirat.

Melalui program ini, Profesor Dr Muhaya Hj Mohamad akan berkongsi inspirasi dan ilmu yang ada bersama peserta.

 

Antara input  yang akan disampaikan kepada peserta adalah dengan cara mengenali diri dan kuasa minda, keluarga bahagia bermula dengan diri yang bahagia, tips-tips mengekalkan kasih antara suami isteri, sahabat dan sahabat, mempelajari cara berkomunikasi dengan pasangan dan Anak-anak serta mengenalpasti isu-isu rumahtangga dan cara penyelesaiannya.

Lebih istimewa, seminar bahagia dan membahagiakan ini menampilkan penyanyi terkemuka tanah air, Nora J di pentas seminar bagi bersama-sama mengenal erti bahagian dalam diri individu yang hadir.

Jangan ketinggalan bersama-sama meraih erti bahagia dalam hidup bersama Prof Dr Muhaya bertempat di Auditorium D8, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Parcel D, Putrajaya pada 13 Oktober ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut program serta pendaftaran, layar www.assohwah.com. Selain itu, anda boleh terus menghubungi pihak pendaftaran di 013-3262769.

Sebuah Ipad juga disediakan bagi mereka yang membawa paling ramai peserta ke dalam program ini.

Menariknya, peserta juga dapat menikmati promosi istimewa bagi pendaftaran sebelum Oktober ini

- Artikel iluvislam.com



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!