Wanita dan ibu menjadi aset penting dalam sesebuah keluarga. Ibu berperanan penting menjadi seorang sahabat, pendidik, dan menjadi inspirasi kepada sesebuah keluarga. Ilmu dalam membentuk keluarga penting bagi menjalani hidup yang lebih bahagia dan seimbang.
Konsep kehidupan dan penggunaan media yang ada ketika itu perlu diaplikasikan oleh ibu dan isteri bagi membentuk keluarga yang lebih seimbang dan bahagia dunia serta akhirat.
Bagi membentuk keluarga bahagia dan seimbang dunia serta akhirat, Prof. Dr. Muhaya membawakan seminar Celik Momz kepada umum.
Seminar yang menambah ilmu keibuan ini bagi memberi pengetahuan kepada wanita dalam usaha menjalani hidup yang lebih bahagia sebagai ibu dan isteri.
Melalui program ini, Prof. Dr. Muhaya akan menerangkan situasi yang biasa dihadapi oleh ibu serta berkongsi tips dalam menjadi ibu dan isteri dan seimbang.
Sertai Celik Momz yang diadakan di dewan auditorium Jakim Putrajaya pada 14 Julai ini bermula dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang.
Selain itu, Celik Momz juga menjemput Puan Irma Hasmie bagi berkongsi pengalaman sebagai wanita dan isteri.
Teknik berkomunikasi dengan anak-anak juga akan diterangkan secara terperinci dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam kehidupan.
Layari http://assohwah.com bagi mendaftar secara online.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Ibu Seimbang Keluarga Cemerlang - Prof. Dr. Muhaya