Ketakutan Dalam Minda adalah Lebih Besar daripada Realiti

altTakut – ini adalah satu perkataan yang hampir tidak ada dalam kamus orang yang berjaya. Takut ini boleh muncul dalam banyak keadaan, sebagai alasan ataupun sebagai sebab untuk mengelak dari melakukan sesuatu yang tidak biasa kita lakukan.

Ramai mungkin tidak sedar, ketakutan yang sebenar adalah jauh jauh jauh lebih kecil daripada realiti sebenar.

Contohnya, saya sendiri mempunyai kebodohan ini suatu masa dahulu. Sewaktu saya diminta untuk berucap di hadapan orang ramai. Saya mula membayangkan ketakutan yang menghantui saya.

Pada mulanya ia hanya kerana saya tidak tahu bercakap, kemudian otak mula memproses ketakutan ini. Saya mula melihat saya berucap di hadapan orang ramai, dan tiba-tiba ada orang bangun dan tidak puas hati dengan apa yang saya cakap, kemudian ada orang lain mula membantah, kemudian ada orang yang membaling telur busuk tepat ke muka saya, dan kemudian ada orang membaling kerusi dan beredar dari dewan tempat saya berucap dan kemudian fantasi ini berterusan sehingga saya akhirnya saya menjadi lebih takut.

Namun dalam realiti sebenar, tidak ada apa yang pernah berlaku sebegini. Saya bernasib baik kerana saya melihat ramai orang suka apabila saya berucap. Saya memberi ucapan dalam kursus saya dari pagi hingga ke petang, semua orang tekun mendengar sambil mengambil nota dan ramai yang memuji juga.

Ini memberi motivasi kepada saya. Apabila saya melihat kembali mengingati situasi lima (5) tahun yang lepas, saya mula sedar, bahawa kebodohan saya pada waktu itu tiada asas langsung lagi pula kita dalam masyarakat yang beradap sopan. Tidak mungkin ada orang akan melakukan seperti yang saya bayangkan. Paling kuat pun, orang akan berbisik kepada kita tentang kesalahan yang kita lakukan. Biasanya, ini pun tidak.

Contoh yang kedua pula, katakan anda seorang peniaga yang baru membuka sebuah kedai dan anda tidak mempunyai lesen perniagaan.

Orang yang takut akan mula membayangkan ada penguatkuasa SSM akan menyerbu kedainya, kemudian mereka akan menyita semua barangan dalam kedai itu, kemudian mereka akan mengari dan membawanya ke lokap, kemudian keluar dalam muka depan surat khabar “Peniaga Tanpa Lesen Ditahan”, kemudian semua kawan-kawan akan mencemuh, keluarga akan mengasingkan diri, setiap orang di jalanan akan meludah sewaktu melihat anda…

Namun realiti adalah jauh berbeza. Kebarangkalian anda didatangi penguatkuasa SSM adalah sangat-sangat kecil. Mereka ada lebih banyak kerja untuk dibuat daripada menanggap budu kecil yang baru mula berniaga seperti anda.

Sekiranya mereka datang sekalipun, mereka hanya akan memberi amaran biasa kepada anda dengan menyatakan prosedur-prosedur yang perlu dilakukan.

Jadi realiti tidaklah seperti yang anda bayangkan seperti sebelum ini. Nyata realiti hanya 0.00001 % dari apa yang anda bayangkan.

Orang yang berjaya mengatasi ketakutan ini adalah samada orang yang berjaya dalam pelbagai bidang ataupun pencuri dan perompak. Dua golongan ini berjaya mengatasi ketakutan yang ada dan mereka mampu lakukan sesuatu yang luar biasa.

Anda tidak perlu menjadi perompak atau pencuri untuk menjadi insan luar biasa. Sekadar menjadi orang yang tidak takut adalah wajib untuk anda berjaya. Namun sekiranya anda tidak mengatasi masalah ini. Anda Tidak Akan Berjaya.

Jadi sentiasa ingat, ketakutan sebenar adalah jauh lebih kecil daripada ketakutan yang anda bina dalam minda anda.

Jadi berhentilah memberi alasan, mulakan apa yang ingin anda buat dalam apa bidang sekalipun. Mulakan tanpa rasa takut.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Shahabudeen Jalil adalah seorang usahawan dalam bidang import dan eksport, selain itu beliau juga seorang konsultan yang melatih usahawan lain untuk memborong terus dari sumber terutamanya dari China. Beliau juga telah mengasaskan sebuah portal untuk usahawan membuka dan berniaga secara online di internet. Layari shahabudeenjalil.com

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas