Saya ingin berkongsi secebis pengalaman saya bersama anda semua. Sebelum Jun tahun 2001, kadang-kala saya tertinggal solat Subuh kerana tertidur dan buat solat pun sekadar untuk melepaskan kewajipan sahaja; tanpa adanya roh solat itu.
Kembara Hidup
Syukur Hati Dilembutkan Tuhan
Nilai Seorang Anak
Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.
Ambillah Masa Itu

Ambillah masa untuk berfikir,
Fikiran itu sumber kekuasaan,
Ambillah masa untuk membaca,
Membaca itu asas kejayaan,
Ambillah masa untuk bekerja,
Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha.
Hilangnya Kasih Ayah Sebagai Ganti
Sunyi sepi tanpa suara, malam yang sangat dingin memandangkan musim sejuk belum berakhir. Di atas sejadah cinta ini ku sujud menghadap-Mu Ya Allah dan di sini jualah tempat aku mengadu dan menagih kasih yang pasti.
Air mata ini bercucuran lagi, hati ku bergelodak menanggung beban perasaan yang tak mampu ku luahkan. Saat ku menadah tangan menagih simpati dan keredhaan-Mu, mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat ayah ku, aku terdiam lagi cuba menahan sebak di dada.
Di Sini Saya Bermula
Tidak sangka rasanya, sedar tak sedar saya telah pun menamatkan pengajian di salah sebuah pusat persediaan untuk pelajar yang akan ke luar negara.
Tempat ini banyak memberi inspirasi kepada saya. Ya, di sini segalanya bermula, pelbagai kenangan telah tercipta.
Jujurnya, saya amat menghargai setiap semester yang saya lalui di sini kerana selalu saja ada benda baru yang saya belajar.
Malah, saya dapat merasakan setiap perubahan yang berlaku kepada diri saya. Daripada seorang budak perempuan yang biasa-biasa sampailah saya menjadi saya yang hari ini.
Indahnya Tentang Takdir (Bukti Cinta Allah)
"Kalau benar Allah tu kejam, kau dah pun hangus disambar petir waktu kau lalai tunaikan kewajipan kau sebagai hamba Allah. Contohnya waktu kau tidak mengerjakan solat'
Aku Tetap Bersyukur
Alangkah bahagianya hidup ini walau aku bukan dari golongan orang kaya raya. Aku dibesarkan dalam keluarga yang amat sederhana, bahkan, aku tidak segan untuk mengakui keluargaku bukan dari orang yang mewah dan senang. Tetapi aku tetap bersyukur dari dahulu hingga sekarang.
Jika dibandingkan dengan orang yang senang, aku termasuk golongan yang kurang senang. Tetapi jika dibandingkan dengan golongan yang lebih susah dariku, aku termasuk golongan orang yang senang.
Guru Yang Teristimewa
Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa?
Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata, "Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!"
Azwan Gay Dia Okay, Saya tak Okay
Isu gay kini hangat didebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang secara umumnya menolak kegiatan yang berlandaskan nafsu apatah lagi yang songsang.
Azwan Ismail muncul dalam video bertajuk It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK" di Youtube dan meluahkan rasa mengenai hidupnya yang mengambil masa selama 32 tahun untuk memberanikan dirinya memberitahu umum bahawa dirinya seorang gay.
Cinta di Pasaraya
Semalam di pasaraya. Tempat sesak, ramai sekali manusia berpusu-pusu di dalamnya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi tersendiri. Ada yang berseorangan. Lebih ramai yang datang berpasangan. Kebanyakan daripada mereka datang berkumpulan, dengan keluarga atau teman-teman.