Versi: Bahasa Melayu

Ahad, 19 Mei 2013

 300 Pembaca Online

Halaman: Kembara Hidup

Kembara Hidup

Realiti Dunia Kontraktor

Aku adalah merupakan seorang pelajar kejuruteraan kimia. Walaupun aku belajar di jurusan tersebut, tetapi aku melengkapkan latihan industriku di sebuah syarikat yang bertumpu dalam bidang kejuruteraan awam.

Kenapa aku memilih syarikat ini? Sebabnya aku ingin mempelajari selok-belok dunia kontraktor dan aku ingin menjadi seorang kontraktor yang berjaya suatu hari nanti.

Bagiku, pengalaman sebagai supervisor site projek merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga. Melalui jawatan supervisor inilah aku mampu memahami serba sedikit tentang urusan di tapak, bagaimana untuk memahami dan mengendalikan tingkah laku pekerja, dan aku juga mampu memahami lebih banyak perangai manusia.

Buat Yang Masih Mencari

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Sebuah Perjalanan.. Syukurlah..

altBerjalanlah...
Semuanya bermula dengan sebuah perjalanan, kata orang, 'jauh berjalan, luas pemandangan'.

Mungkin juga 'jauh berjalan, tambah pengetahuan'.

Keluhan Si Pendosa : Adakah Itu Kita?

altDegup hati ku rasa semakin pantas mengatur gerak membawa petanda pasti bahawa esok bukan lagi milikku. Semalam hanyalah tinggal sejarah yang aku memorikan dalam lipatan kamus hidupku. Tiada lagi ritma melankolik si pungguk memuja kirana purnama, sirna sudah titisan cahaya membentuk cerlang si pelangi menghiasi atma sarwajagat.

HIJRAH IMAN Siri 1-Kenapa Saya Menganut Agama Islam

alt"Dia telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim dia (Allah) telah menemani kamu, sekalian orang-orang Muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini supaya Rasul itu, menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia maka dirikanlah sembahyang, tunaikan zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah dia adalah pelindung. Maka Allah sebaik-sebaik pelindung dan sebaik-baik penolong." [Surah al-Hajj: Ayat 78]

Mendaki Puncak Damai

alt

Hidup ini terlalu singkat untuk berehat-rehat dan bermalas-malasan.

Hidup ini juga terlalu pendek untuk bersedih dan bermuram durja.

Malanglah bagi manusia yang tidak memanfaatkan hidupnya ke tahap maksimum.

Begitu yang bisa saya simpulkan berdasarkan pengalaman 20 tahun hidup di dunia yang fana ini. Tidak hanya itu, malah saya menyaksikan ramai orang di sekeliling saya yang tidak menemukan bahagia, tidak juga berjumpa ketenangan, jauh sekali kebahagiaan.

Allah Mendengar Isi Hatimu

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Alhamdulilah gaji ku masuk jua akhirnya. Inilah kali pertama aku bekerja selepas menamatkanalt pengajian. Aku sudah niat gaji yang pertama ku ini akan akan aku sedekahkan untuk rumah anak-anak yatim.

Selama berbulan, aku masih belum mempunyai kesempatan untuk pergi ke rumah anak yatim yang memang hati ini mendambakan untuk berbakti di sana.

Lebih Baik Daripada Mengemis

altKisah ini aku lalui setahun yang lalu. Ketika itu, aku baru sahaja memasuki perkarangan masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Di tempat letak kereta, aku dihampiri oleh seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30-an. Dia berpakaian biasa, tetapi nampak lusuh. Dia mengetuk cermin keretaku. Aku nampak di bahunya tersandang satu beg besar seperti beg guni.

"Bang... Saya dari Patani bang. Saya bekas pelajar di sini, tetapi hari ini saya nak jual keropok."

Di dalam fikiranku, terlintas keropok berbungkus-bungkus yang telah ada di rumah.

"Alamak... Dah banyak la bang keropok kat rumah!" Aku menjawab selamba.

Indahnya Berbudi

altSetiap kejadian ada sebabnya. Jika dipermudahkan, ia adalah nikmat Allah yang tidak pernah bernokhtah.

Barangkali – seingat saya – setahun lebih yang lalu saya pernah membuat catatan. Kisah penyewa rumah di Kondo Kemuncak. Ahmad dan Isteri merupakan pelajar pasca-siswazah di UiTM berasal dari Arab Saudi. Mereka menyewa rumah kami.

Sistem Pendidikan India Cemerlang

altIndia menghasilkan golongan profesional terbaik di dunia sejak lebih dua dekad lalu, terutama dalam bidang IT dan kejuruteraan. Mereka menjadi buruan syarikat-syarikat terkemuka di dunia, termasuk di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

Anehnya, India tidak mengalami dilema yang biasanya muncul dengan pencapaian sebegitu iaitu penghijrahan cendekiawan. Mengapa agaknya begitu?

Page 8 of 15