Versi: Bahasa Melayu

Jumaat, 24 Mei 2013

 390 Pembaca Online

Halaman: Kembara Hidup

Kembara Hidup

Menghayati Susah Sesudah Senang

altSebahagian besar daripada kita asalnya datang daripada keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu kecil, kita pernah merasa punyai hanya sepasang baju sekolah yang senteng kerana ayah tidak mampu membeli pakaian baru. Ataupun, kita menyarung baju yang gedoboh kerana ia asalnya pakaian sekolah abang yang diberi kepada kita.

Tuhan, Aku Terlalu Banyak Dosa

altPejam celik. Pejam celik. Mata tidak juga bisa ditutup. Memerhatikan segenap ruang bilik. Terpana pada jam di dinding. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Tatkala,manusia pasti akan toleh ke belakang. Memikirkan tiap detik yang berlalu. Muhasabah.

Dalam suka duka, mengenang dosa-dosa semalam. Hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diri. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir. Mencari Tuhan, mengingati Tuhan, menyebut-nyebut nama-Nya. Menghadirkan rasa bertuhan agar menyentap sanubari.

Hebatnya Seorang Ibu

ibu, emak, iluvislam.com'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Ibrah Seekor Burung

altDua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah 'khauf' (perasaan takut) dan 'rajaa' (pengharapan).

Sepertimana seekor burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru, begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan ujian.

Terima Kasih Ayah

alt"Kakak, adik rindu abah tapi abah makin jauh."

Apa yg perlu ku katakan bagi merawat luka di hati si kecil,

Apa yang perlu ku jelaskan pada mata si anak gadis ini,

Anak-Anak Kecil

altHow do you expect kids to listen to their parents as TARZAN lives half naked, CINDERELLA comes back home at midnight, PINNOCCHIO lies all the time, ALADDIN is a friend of jin, BATMAN drives at 320KM/h, SLEEPING BEAUTY is lazy and SNOW WHITE lives with seven guys. We shouldn't be surprised if kids misbehave at times, they get this from their own STORYBOOKS, huh!

In Johannesburg, You Shoot To Kill

alt"In Johannesburg, you shoot to kill," demikian kata-kata seorang kenalan saya yang berasal dari kota masyhur Afrika Selatan ini. Menurutnya, sesiapa sahaja yang datang ke Jo'burg (singkatan untuk Johannesburg) perlu berwaspada kerana kadar jenayah yang amat tinggi di sini.  Kata kenalan saya ini lagi, jika anda bersenjata ketika dirompak, pastikan anda menembak mati perompak tersebut. Jika tidak, dia akan datang memburu anda nanti!

Nota Fikir Dari Indonesia

altAlhamdulillah.. dengan izin Allah S.W.T aku sekeluarga telah bercuti selama empat hari di Indonesia, bumi asalnya keluarga sebelah abah. Meskipun begitu, inilah kali pertama aku menjejakan kaki ke bumi yang melahirkan ramai para ulama' hebat nusantara.

Percutian yang telah dirancang lebih setahun yang lalu merupakan cuti panjang pertama aku sejak aku bekerja lima tahun lalu. Sebelum bertolak, banyak persoalan di hati aku yang bermain-main memberikan perasaan ingin mengenal Indonesia dengan pengalaman sendiri.

Aturan Takdir Allah Sangat Cantik Dan Sempurna

altPemergian Abang Din secara mengejut mengubah hidup kami sekeluarga. Bila diimbas kembali, sesungguhnya aturan takdir Allah S.W.T itu sangat cantik dan sempurna hingga ke akhir hayat hambanya. Semuanya telah ditentukan dengan begitu indah dan penuh hikmah.

Berpenampilan Menarik

altPenampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama.

Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai  tingkah laku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Jadi, apakah fakta sekiranya anda memiliki penampilan diri yang menarik?

(1) Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya di dalam temuduga adalah tiga atau empat peratus lebih tinggi berbanding  orang yang kurang berpenampilan menarik.

Ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja.

(2) Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan lelaki yang berpenampilan menarik adalah lebih tinggi berbanding wanita yang berpenampilan menarik.

Page 6 of 15