
Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?

Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita.
Kenapa ya?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.

Cinta adalah salah satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap yang mempunyai roh khususnya insan dahagakan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Hidup membela cinta. Bahagia kerana cinta. Derita kerana cinta. Bahkan sanggup mati kerana cinta. Segala perjuangan atau episod hidup yang diselit unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri. Derita kerana cinta ada kelazatannya yang luar biasa. Sakit kerana cinta ada rasa yang berbeza. Gembira meraikan cinta tidak sama dengan gembira biasa. Korban cinta, indah pada cerita dan rasa. Manifestasi itu muncul dalam kehidupan dan memberikan nilai dan rencah yang pelbagai rupa, warna dan rasa.

Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:"Apa hukum wanita bekerja? Iaitu bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki? Bolehkah wanita berkerjaya? Bukankah kewajipan wanita berada di dalam rumahnya?"
Syeikh al-Qaradhawi menjawab: Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada Manusia dengan Kerja (Amal). Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki. Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki.
Sebagaimana firman Allah SWT, "Sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain." (Ali Imran: 195).

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana....Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.

Alhamdulillah. Perjalanan demi perjalanan yang digerakkan Allah samada perjalanan menuntut ilmu dengan guru, bacaan, akhirnya saya memahami satu hakikat rahsia kehidupan ini.
Daripada mimpi lahirlah impian. Semacam daripada kata akar yang sama. Kedua-duanya berkaitan dengan imaginasi. Hmm...bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?
Senario A
Anda baru berpindah ke lokasi yang baru. Persekitarannya sangat berbeza kerana majoriti adalah komuniti Melayu yang agak 'westernised' tetapi rata-ratanya akrab di antara satu sama lain. Anda perlu bergaul dengan mereka kerana tugasan yang ada menyebabkan masing-masing sangat memerlukan di antara satu sama lain. Tudung ataupun hijab adalah suatu yang sangat janggal dan mereka semua memandang serong dengan anda yang berpakaian sedemikian. Apa rasa hati anda ?
I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.