
Adik beradikku orang yang berpendidikan, beragama, lebih jelas jika aku nobatkan bahawa mereka orang-orang yang berjaya. Kadang-kadang aku terfikir, mungkin mereka merasakan apa yang mereka miliki adalah atas usaha mereka sendiri. Jika benar, mereka amatlah rugi. Walaupun mereka berjaya, namun kadangkala ada kekurangan dalam kehidupan mereka. Aku yakin yang itu adalah salah satu akibat pengabaian terhadap ibu dan bapa.








