Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 249 Pembaca Online

Halaman: Gaya Hidup

Gaya Hidup

Bicara Baitul Muslim

Kami berusrah di Sakinatul Wafa' setiap hari, setiap kali waktu makan, alhamdulillah. "Achik, Baitul Muslim tu apa? Kat Jordan ada tak Baitul Muslim? Kat Mesir ada kan?" 'Aainaa memulakan bicara sambil kami mengambil nasi, menyenduk lauk, dan menuang air.

Renungan Revolusi Mesir

Tanggal 11 Februari merupakan satu tarikh keramat bagi 80 juta warga Mesir setelah lebih 18 hari sebahagian daripada mereka berkumpul secara aman di Dataran Tahrir, Suez, Alexandria dan Mansoura.

18 hari mereka berkumpul, meninggalkan kediaman, pekerjaan dan rutin harian mereka yang lain demi menggulingkan kezaliman, korupsi dan penindasan. Walaupun tanpa persediaan makanan, tempat tinggal, perubatan dan di bawah terik mentari serta ancaman polis anti-rusuhan, tetapi mereka tetap berteguh hati untuk menempa kejayaan.

Apakah pencetusnya?  

Sejarah Kemunculan Mazhab Awal Dalam Islam

Sejurus selepas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah atau 8 Jun 632 Masehi, berlaku krisis kepimpinan di kalangan umat Islam ketika itu.

Ini adalah disebabkan semasa hayat baginda, Rasulullah S.A.W tidak pernah menyatakan siapakah pengganti baginda secara jelas malahan juga tidak berwasiat kepada sesiapa pun daripada para kalangan sahabat untuk menjadi khalifah selanjutnya.

Dosa Perut Membawa Mudarat

alt

Bulan Ramadhan datang lagi! Seperti biasa, sempena bulan Ramadhan, para peniaga kecil-kecilan dan sederhana akan berusaha berhabis-habisan untuk mencari rezeki lebih. Bazaar-bazaar Ramadhan merupakan antara medan untuk peniaga-peniaga ini berniaga dan mencari rezeki khususnya peniaga-peniaga makanan dan minuman. Dek kerana pelbagai pilihan disajikan, pelbagai juadah dibentangkan di hadapan mata maka, ada sesetengah antara kita yang agak lemah imannya seringkali terikut akan kehendak nafsu yang melampau dan membeli sehabis mungkin. 

Akhirnya makanan yang dibeli dengan kuantiti yang berlebihan itu bukan sahaja tidak habis, malah dibuang begitu sahaja akibat tidak mampu lagi untuk ditelan. Secara tidak langsung antara sedar atau tidak, pembaziran berlaku. Maka apabila seorang yang berpuasa itu melakukan pembaziran yakni amalan syaitan, secara tidak langsung juga pahala puasanya juga akan turut berkurangan.

Sembilan Perkara: Suami Perlu Peka

alt

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta.

Pengekalan Berat Badan Melalui Solat

altBagaimana solat membantu sebagai satu kaedah kerehatan tubuh? Pergerakan yang sering anda lakukan sejak kecil sehingga kini telah menjadi satu perbuatan tanpa sedar. Setelah mengangkat takbir, tahu-tahu dah selesai solat. Hanya anda yang tahu sama ada hadir atau tidak hati dalam amalan solat anda sebentar tadi. Pemahaman dalam bacaan dapat membantu khusyuk dalam solat.

Enam Petua Mudah

altKebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simple seperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.

Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:

Takkan Pernah

alt

Terima kasihku takkan pernah terhenti,
Atas kurniaan mereka yang amat berharga ini,
Bagiku,
Mereka takkan pernah terganti.

Tuhan,
Menanti hari demi hari,
Untuk kembali ke masa lalu,
Bagiku,
Ruang dan peluang ini seumpama mimpi.

Rahsia di sebalik tumbuhan Mas Cotek

alt

"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram."   (Riwayat Abu Daud)

Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.

Page 5 of 15