Bagaimana ‘Record Keeping’ Boleh Membantu Anda Mencapai Target Fitness Anda

altBila bercakap mengenai target fitness tidak kiralah untuk menurunkan lemak, menambah otot ataupun meningkatkan kadar kesihatan ramai yang meletakkan cita-cita untuk mencapai target mereka dalam tempoh tertentu yang diinginkan. Walaupun mempunyai ‘deadline’ untuk mencapai target adalah habit yang penting untuk berjaya, namun berapa ramaikah yang betul-betuk komited untuk merekod setiap tindakan (action) yang mereka ambil beserta hasil (result) yang mereka perolehi secara kerap dan konsisten?

Record keeping mungkin boleh dianggap sebagai sesuatu yang leceh dan menyusahkan, tetapi bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa program yang anda ikuti sekarang berkesan ataupun tidak jika tiada rekod yang boleh membuktikannya? Adakah memadai dengan melakukan perbandingan dengan melihat tubuh anda dicermin ataupun dengan mendengar pendapat sahabat handai ataupun keluarga yang mungkin sedang cuba menjaga hati anda?

Mengenal Pasti Kesilapan dan Membaikinya Serta Merta

Dalam proses anda untuk mencapai target, boleh berlaku beberapa kesilapan yang anda lakukan menyebabkan progress anda tergendala. Jadi anda boleh sentiasa berbalik kepada rekod anda untuk menilai apakah kesilapan yang boleh diperbetulkan dan apakah hasil yang anda perolehi setelah anda memperbetulkan kesilapan tersebut?

Sebagai contoh, Aliza mempunyai target untuk menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan. Pada awal bulan kedua dia sudah berjaya turun 4kg tetapi minggu berikutnya beratnya naik semula sebanyak 1kg. Jika Aliza mempunyai rekod makanan apakah yang dia makan, apakah kuantiti makanan tersebut serta senaman apakah yang telah dilakukan pada minggu tersebut sudah tentu lebih mudah untuk Aliza menilai apakah faktor kegagalannya pada minggu tersebut. Jadi dalam kes ini Aliza mungkin boleh mengurangkan jumlah kalori makanannya pada minggu akan datang dan kemudian menilai samada tindakannya itu telah memperbaiki progressnya ataupun tidak.

Rekod Adalah Sumber Motivasi Yang Sangat Kuat

Bayangkan seorang pelajar yang sentiasa mendapat A dalam peperiksaannya, sudah tentu dia akan bekerja keras untuk mengekalkan rekod kecemerlanggannya. Jika sekali dia gagal mendapatkan A, pastinya dia akan bekerja lebih keras untuk memperbaiki rekodnya untuk kembali mendapat A. Begitu juga dengan fitness, jika setiap minggu Aliza sentiasa berjaya menurunkan 1kg berat badannya, sudah tentu dia akan bekerja keras untuk meneruskan rekodnya yang cemerlang itu. Namun jika berlaku peningkatan berat sebanyak 1kg, pastinya Aliza akan berhempas pulas untuk menurunkannya semula.

Jadi Apakah Yang Perlu Direkod?

Saya pernah berbual dengan seorang rakan bina badan dari pasukan ATM, dia menunjukkan buku rekod yang sangat detail (makanan yang diambil, kuantiti makanan, masa makan, jumlah latihan, set latihan, masa latihan etc) sehingga saya sendiri merasa tidak mampu melakukannya. Mungkin sebab itulah saya bukan seorang juara bina badan terkenal seperti kawan saya itu. Bagi orang kebanyakkan mungkin contoh tersebut agak extreme kerana sebagai seorang tentera dan ahli bina badan sudah tentu dia mempunyai tahap disiplin yang sangat tinggi.

Kalau dipermudahkan, apa yang perlu anda rekodkan ialah

1)      Corak pemakanan anda (bahan makanan, kuantiti dan masa)

2)      Program latihan (otot yang dilatih, jumlah beban serta jumlah set dan ulangan)

3)      Hasil  (Berat badan, peratus lemak, ukuran bahagian badan)

Seperti yang saya sering nasihatkan kepada ahli-ahli Revolution Gym, sentiasa amalkan sesuatu sedikit demi sedikit sehingga kita biasa dan selesa melakukannya. Tidak perlu terus mengamalkan sesuatu yang baru secara mendadak kerana biasanya orang sebegini akan mudah tertekan dan bosan dengan usaha mereka.

Bak kata seorang juara bina badan dari Indonesia Ade Rai dalam laman Twitternya,

Semakin kita tidak sabar untuk mendapatkan hasil, semakin lupa kita untuk menikmati prosesnya, semakin lambat pula kita mencapai hasil yang diinginkan.

Selamat beramal!

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Azlan Supian memperolehi ijazah Bsc (Applied Geology) (Honours) dari Curtin University Western Australia. Ketika masih belajar di Australia dan semasa berkhidmat sebagai ahli kajibumi beliau mula menanam minat dalam bidang kecergasan hinggalah beliau mula menjadi serius dalam bidang ini pada awal tahun 2009 dengan pembukaan pusat senamannya sendiri Revolution Gym & Fitness. Gym ini yang berpusat di Ampang KL, sejak ditubuhkan telah banyak membantu mengubah hidup ramai ahlinya untuk menjadi lebih cergas, sihat dan berkeyakinan tinggi disamping menghasilkan beberapa jaguh muda dalam sukan bina badan dan kecergasan diperingkat negeri dan kebangsaaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.revolutiongym.blogspot.com atau di laman http://www.facebook.com/revogym.

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas