[Fotografi] Al-Quran Dalam Ramadhan

alt

Apabila tiba bulan Ramadhan maka ramai orang akan membuka lembaran al-quran. Membaca dan bertadarus al-quran di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain. Ini adalah satu amalan yang amat digalakkan.

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Membacanya adalah ibadat. Sesiapa yang mengikutnya akan mendapat petunjuk dan sesiapa yang berpaling daripadanya adalah tergolong daripada hamba Allah yang rugi.

Dengan kehadiran Ramadhan kali ini marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Adakah kita selalu mendampingi al-quran, selalu membaca dan mengamati kandungan al-quran serta beramal dengannya. Sepatutnya al-Quran dibaca dan dihayati setiap hari apatah lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Orang alim ada berkata “Jika pada bulan Ramadhan kita tidak membaca al-Quran maka bila lagi kita akan membaca al-Quran?” Justeru sempena kehadiran Ramadhan ini saya menyeru diri saya sendiri dan tuan-tuan agar sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-Quran. Sabda nabi S.A.W:

Daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A katanya: Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit.

Photo by: Sammy Abusrur

An elderly husband and wife read from the Quran together near Orlando, Florida on September 5th, 2010. Along with prayers, reading from the Quran is especially emphasized during the last ten days of Ramadan

Hari ini 17 Ramadhan, hari yang sentiasa kita ketahui sebagai hari di mana wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini juga bermakna kita sudah 17 hari berpuasa. Alhamdulillah bagi yang menyertai tadarus Quran, inshaAllah pastinya sudah banyak juz yang sudah dilaksanakan. Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah sejauh mana kita memahami al-Quran? Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca apatah lagi sekadar dilagukan sebagai hiburan telinga. Tetapi al-Quran untuk di fahami.

Al-Quran adalah inti panduan dalam kehidupan kita ini. Disusuli dengan hadith yang menjelaskan lagi panduan yang ada di dalam al-Quran. Kitab-kitab atau buku-buku agama yang banyak itu adalah keterangan-keterangan yang menerangkan apa yang ada di dalam al-Quran dan hadith.

Photo by: Hasan Kazmi

God’s name captured in a ray of light just prior to the start of Ramadan. Photo taken in Manassas, Virginia.

Pernahkah kita habiskan terjemahan al-Quran dari awal surah (al-Fatihah) hingga akhirnya (an-nas)? Sebelum kita belajar atau membaca tafsir al-Quran, bacalah terjemahannya di dalam bahasa yang kita fahami. Seandainya saudara memahami dalam bahasa al-Quran itu sendiri, itu yang terbaik.

Bacalah terjemahan al-Quran secara terus (bukan sekejap arab sekejap terjemahannya) agar kita mudah memahami kesinambungan sebuah cerita dan panduan yang Allah berikan kepada kita.

Kita tidak cuba mentafsir al-Quran dengan sendiri. Namun kita akan faham sedikit sebanyak panduan yang Allah berikan kepada kita.

Selepas itu nanti, barulah kita berguru atau membaca tafsir atau membaca kitab-kitab lain yang lebih khusus untuk menambahkan lagi kefahaman kita.

Mohonlah pada Allah, ” Ya Allah! Ajarilah aku untuk memahami peringatan-Mu, panduan-Mu, pengajaran-Mu dan semua yang ada dalam al-Quran ini ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

هَـٰذَا بَلَاغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
[Surah Ibrahim 14: Ayat 52]
 

 

Photo by: AP Photo/Muhammed Muheisen

 A Palestinian Muslim man reads from the Quran, Islam’s holy book, on “fajr” or early morning prayer, during Ramadan at a mosque in the West Bank city of Ramallah on Tuesday, Aug. 17, 2010.

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadis Rasulullah S.A.W. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadis dari benak hati kita.

 

Penulis

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas