Versi: Bahasa Melayu

Jumaat, 24 Mei 2013

 261 Pembaca Online

[Fotografi] Ramadhan Rahmat

alt

Terbukti Ramadhan adalah madrasah kepada kita untuk melatih, mendidik serta membangunkan diri menjadi insan berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Amalan berpuasa memang terbukti mampu menundukkan nafsu. Diharap proses 'pengajian' kita sepanjang Ramadhan dapat berjalan sempurna.

Kesempatan berada di dalam bulan penuh berkat itu nanti, ruang masjid kembali bergema dan umat Islam mula berpusu-pusu ke masjid di kawasan masing-masing untuk bersembahyang Tarawih secara berjemaah.

Panduan terbaik untuk kekal 'cergas' supaya dapat melaksanakan ibadah sunat seperti solat Tarawih, bertadarus dan amalan sunat di malam harinya adalah tidak makan terlalu banyak ketika berbuka puasa.

Gunakan sepenuhnya peluang dan tawaran setahun sekali ini untuk melakukan lebih banyak perubahan diri supaya semangat dan roh Ramadhan itu kekal dalam jiwa umat Islam.

Rasulullah menegaskan bahawa: "Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadhan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."

Photo by: Thomas Mukoya/Reuters

A Somali refugee girl reads the holy Koran at the Liban integrated academy at the Ifo refugee camp in Dadaab, near the Kenya-Somalia border August 2. The United Nations estimates that more than 3.7 million people in Somalia, among them 800,000 children, are on the brink of starvation. The famine in the Horn of Africa is spreading and may soon engulf as many as six more regions of the lawless nation of Somalia, the U.N. humanitarian aid chief said on Monday.

Allah berfirman yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara benar dan salah." (Surah al-Baqarah ayat 185)

Persiapan perlu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mukmin Muttaqin pasti berusaha mencapai matlamat yang dijanjikan Allah dalam Ramadhan.

Ketaatan melaksanakannya adalah ta'abbud kepada Allah. Jika ia dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan penghayatan maka kesannya lahirlah individu Muslim yang mempunyai jati diri kental.

Jangan kita tergolong dalam orang yang berpuasa sekadar menjalankan ia sebagai rutin tahunan semata-mata dan tidak memahami fadilat di sebaliknya.

Golongan seperti itu walaupun berpuasa, tetapi hakikatnya mereka hanya mendapat 'pengalaman' lapar dan dahaga saja.

Photo by: Jumana El Heloueh/Reuters

 A defected Yemeni soldier who joined sides with anti-regime protesters reads the Koran as he sits on an armoured vehicle near the entrance to Taghyeer Square in Sanaa August 2. After six months of mass protests seeking to end president Ali Abdullah Saleh's 33-year rule, demonstrators vow to continue their sit-in at Taghyeer square through the Muslim fasting month of Ramadan until their demands are met.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Puasa adalah perisai (memelihara daripada akhlak yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok (mencarut) atau kesat. Jika ada orang memakinya atau mahu membunuhnya, maka katakanlah kepadanya: 'Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.

Bacalah al-Quran sebanyaknya dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.

هَـٰذَا بَلَاغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
[Surah Ibrahim 14: Ayat 52]
 

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadis Rasulullah S.A.W. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadis dari benak hati kita.

 


Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!