Makhluk Allah Yang Sentiasa Berzikir

alt

Pernahkah kita tertanya-tanya, mengapakah apabila kita masuk ke hutan belantara, kita berasa segar. 

Mendengar kicauan burung, deruan ombak, deruan air sungai, hempasan air terjun, deruan bayu menghembus dedaunan serta, apabila mendengar suara unggas dan serangga, kita berasa tenang.

Ketahuilah, bahawa semua makhluk Allah itu sedang bertasbih memuji Allah SWT..

Makhluk Yang Sentiasa Bertasbih

Photo by:Warnaiman Azizi 

 Itu adalah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr : Ayat 1)

Berbeza jika kita ke kawasan yang kita mendengar hiruk pikuk manusia memuji makhluk, manusia memuja manusia, memuja harta, pangkat dan kekayaan.

Juga ketenangan ketika berada di majlis manusia memuji Allah SWT. Apabila kita ke tempat-tempat yang mendamaikan ingatlah, kita menumpang istirehat dengan makhluk Allah yang tak pernah berhenti zikirnya.

Hendaklah kita memperbanyakkan bertasbih memuji Allah Swt.

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Hashr 59: Ayat 1)

 

Photo by:Warnaiman Azizi
Photo by:Warnaiman Azizi
Photo by:Warnaiman Azizi


Artikel iluvislam.com

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadith Rasulullah SAW. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadith dari benak hati kita.

 

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas