Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 16 Mei 2012

 631 Pembaca Online

Lensa Hati

[LensaHati] Kemarau Itu Amaran

alt

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:"Apabila udara sangat panas, maka solatlah bila udara sudah agak dingin. Kerana udara yang sangat panas itu bertiup dari neraka jahanam. Dan mengadulah neraka kepada Tuhannya :"Sebahagianku memakan sebahagian yang lain." Maka Allah mengizinkannya berhembus dua kali, sekali di musim dingin dan sekali di musim panas. Maka itulah yang kamu rasakan, bersangatan panas di musim kemarau dan bersangatan dingin di musim dingin."

(Riwayat al-Bukhari)

[Fotografi] Bala Bencana

alt

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah An-Nisa 4: Ayat 78)

[Fotografi] Di Sebalik Ramadhan

alt

Puasa yang mengajar erti lapar dahaga bukan itu nilaian utama di sisi Tuhan, lebih daripada itu hakikat sebenar berlapar dahaga adalah kesabaran dan tarbiyyah rohaniyyah.

Ramadhan bukan sekadar madrasah bahkan sebagai murobbi yang mendorong walaupun ketika ketiadaan Ramadhan nanti. Sikap dan kesungguhan adalah pemula kepada tarbiyyah ini.

[Fotografi] Al-Quran Dalam Ramadhan

alt

Apabila tiba bulan Ramadhan maka ramai orang akan membuka lembaran al-quran. Membaca dan bertadarus al-quran di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain. Ini adalah satu amalan yang amat digalakkan.

[Fotografi] Ramadhan Rahmat

alt

Terbukti Ramadhan adalah madrasah kepada kita untuk melatih, mendidik serta membangunkan diri menjadi insan berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

[Fotografi] Malam Keberkatan Hebat

alt

Malam al-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam al-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

[Fotografi] Ramadhan Separuh Masa Kedua

alt

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

[Fotografi] Berjemaah Bukan Hanya Ramadhan

alt

Bagi insan yang telah mengecapi dan merasai nikmat Ramadhan ini, kedatangannya adalah suatu yang amat dinanti. Ramadhan adalah sebuah madrasah yang memberikan tarbiyah untuk manusia meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Hakikatnya, Ramadhan bukan hanya sekali ini saja, tetapi ianya telah muncul silih berganti saban tahun.

[Fotografi] Mengajar Anak Hayati Ramadhan

alt

Ajaklah anak-anak berbuka puasa berjemaah di masjid. Biar dia merasai nikmat ukhwah dan kebersamaan bersama masyarakat, agar dia nanti tidak menjadi sombong bersendirian, apatah lagi susah bersendirian.

[Fotografi] Tips Penjimatan Bazar Ramadhan

alt

Bulan puasa dan penjimatan. Ramai yang menyangka bila masuk bulan puasa, kita boleh berjimat. Namun, awas jika kita tidak berwaspada dan bersedia, maka segala penjimatan yang kita bayangkan itu tidak akan ke mana.

Page 1 of 5

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Next 
  •  End 
  • »