
Benar-benarkah berkawan itu apabila ia bermula, ia tidak akan terputus?
Dan apabila ia terputus, adakah ia perlu bermula semula ataupun sambung sahaja yang telah terputus?
KOMA
Semakin dewasa, semakin dibanjiri dengan konsep berkawan-kawan nan seribu.
Ah, betapa semasa kecil, kita hanya fikir perlu kawan untuk hidup. Bagaimana adik-adik saya, tidak mahu meneruskan pelajaran di sesebuah institusi hanya kerana' tidak punya kawan' yang boleh sama-sama belajar di sana.
Saya katakan sahaja, 'jangan terlalu setia kepada kawan. Ia datang dan pergi. Ia mengajar kita erti berperi."
Pernah juga, adik berkata, "dia sudah berubah. Dahulu, semasa sekolah, dia tidak begini."
"Sudah berapa lama kamu terpisah?" tanya saya.
"Lebih kurang 10 tahun,"
Saya diam.
"Kamu harus bermula semula. Dengan umur yang semakin meningkat dan dengan kematangan yang semakin menebal," jelas saya kemudiannya.
Ya, ia bukan menyambung apa yang pernah dikecapi dahulu, tetapi bermula semula.

Masjid Niujie adalah masjid paling tua dan bersejarah di Beijing, ibukota negara Republik Rakyat Cina (RRC). Usia masjid ini n lebih dari seribu tahun. Masjid terbesar di antara 68 buah masjid di Beijing ini juga menjadi titik awal masuknya Islam di China.
Mungkin ramai antara kita sudah mengenali apa itu fotojurnalisma. Setidk-tidaknya, kita mungkin sudah memahami definasi asas fotojurnalisma.Tetapi untuk tujuan ta'aruf ini, kita lupakan seketika apa yang telah kita fahami dan kita cuba permudahkan lagi ta'rif fotojurnalisma untuk pemahaman kita semua, insya-Allah.
Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan berguna. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan tetapi bukti kekuasaan Allah. Anak anugerah Allah yang amat istimewa bagi suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Malah, setiap pasangan berkeluarga memang impikan anak untuk menyerikan institusi rumah tangga mereka. Itu sudah menjadi satu keinginan semula jadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia.
Cerpen 'The Lotus Eater' yang berlatarbelakangkan Pulau Capri, Itali, tulisan W. Somerset Maugham suatu ketika dahulu telah saya baca dan hayati untuk subjek Sastera Inggeris di sekolah. Siapa sangka Allah telah melimpahkan rezeki dan memberi peluang kepada saya untuk menziarahi Pulau Capri tersebut yang digambarkan sebagai salah satu daripada 'syurga dunia' yang sangat cantik dan indah. Thomas Wilson, salah satu watak dalam cerpen tersebut juga telah memilih Pulau Capri untuk beliau habiskan seluruh sisa hidupnya.
Menjejakkan kaki ke dalam Masjid Darul IMAAN (Islamic Malays Australian Association of New South Wales) terasa seperti berada di negara sendiri.
Alhamdulillah dapatku menyampaikan hajat untuk pergi ke majlis ilmu ini untuk mencari keredhaan-Nya. Sangat bersyukur kerana dapat sampai dan segala urusan dipermudah untuk sampai ke forum ini pada pagi tadi. Pada mulanya agak kabut kerana berseorangan ke UKM tanpa seorang teman tetapi atas niat pergi kerana-Nya, aku cuba berasa yakin akan kemudahan urusan oleh-Nya. Dengan kemudahan pengangkutan KTM yg hampir dengan tempatku tinggal juga bas UKM yang percuma sangat memudahkan aku untuk sampi ke sana oleh kerana aku tidak berkenderaan. Terima kasih ILuvIslam dan UKM yang telah membantu memudahkan orang seperti aku untuk sampai ke sana.
Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Mengapa disebut tempat sujud? Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah. Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang.
It was just a short distance cycle to Pusat Jagaan Siti Nur Aini, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Uphill all the way from Kajang town to the area. When we arrived we were surprised to see what's been prepared by Saudara Abdullah Noel, the host. MasyaAllah, we were welcomed and treated like close friends.