Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Dengan segenap nafasku hidup dalam nikmatmu ...kehidupan telah pun Dia rencanakan untuk ku, untuk kamu, untuk semua makhluk ciptaanNya.
Masya-Allah! Subhanallah...!
Inilah perkataan takjub yang perlu bersama kita ungkapkan apabila menikmati suatu keindahan - bukannya dengan ucapan seperti "pergh, cantik GILER!" atau "sedap GILER!". Jika difikirkan kembali, mengapa kita sandarkan keindahan yang Allah ciptakan kepada GILER?
Mengapa tidak diungkapkan ZIKRULLAH yang indah? Sesungguhnya, apa yang ada di dunia ini merupakan suatu keindahan yang sejak azalinya Allah telah ciptakan. Ayuh, sahabat... Tukarkanlah perkataanmu yang bersandarkan kepada negatif itu kembali kepadaNya... Sesungguhnya Allah itu suka akan kecantikan. Kecantikan yang subjektif merangkumi fizikal, mental mahupun rohani.
SUBHANALLAH, cantiknya ciptaan ALLAH!
Mengagumi sesuatu itu tidak salah. Namun, perlulah betul caranya. Diri ini berbicara bukan untuk berlagak pandai. Namun, untuk mengingatkan kembali diri sendiri juga. Perbetulkanlah tutur kata kita.
SUBHANALLAH, cantiknya...!
ALLAHUAKBAR, hebatnya...!
MASYA-ALLAH, comelnya...!
(Subhanallah bermaksud 'Maha Suci Allah'. Allahuakbar bermaksud 'Allah Maha Besar'. Masya-Allah bermaksud 'apa yang Allah kehendaki'.)
Ingatlah, tiada kuasa yang lebih Hebat melainkan kuasa Allah SWT. Oleh sebab itu, kembalikanlah semuanya kepadaNya. Tidak ada ruginya kita mengingati Allah dengan mengungkapkan ungkapan zikrullah, bahkan, insya-Allah, kita akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana mengingatiNya. Amin.
Antara ungkapan lain yang boleh kita ubah termasuk ungkapan:
- "OMG (Oh my God!)" kepada "Ya Allah!"
- "Teruknya!" kepada "Na'uzubillah" (bermaksud 'Kami memohon perlindungan Allah')
- "Alright!" kepada "Insya-Allah" (bermaksud 'Jika diizinkan Allah')
- "Yay!" atau "Bestnya!" kepada "Alhamdulillah" (bermaksud 'Segala puji hanya bagi Allah')
- "Alamak" atau "Oops!" kepada "Astarghfirullah" (bermaksud 'Aku memohon keampunan Allah')
Jom betulkan ungkapan! :)
Wallahu'alam.
Biodata Penulis
Nurul Ain Anisha Binti Mohd Ali merupakan pelajar Pengajian Agama IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Beliau suka menulis artikel/tazkirah pendek dalam blog beliau di http://satumakna4u.blogspot.com.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
