Versi: Bahasa Melayu

Sabtu, 25 Mei 2013

 217 Pembaca Online

Sejarah Berulang-Ulang

alt

Burung, benar-benarkah ia akan pulang ke dahan yang pernah dihinggapinya?

Atau memang ia akan pulang, cumanya dahan itu sudah tiada untuk dihinggapi.

KOMA

Semalam, mesyuarat di pejabat. Dan agendanya ialah menyatakan masalah yang dihadapi. Masing-masing menyatakan masalah perjawatan. Dan saya menyatakan masalah selainnya.

Mengimbau detik-detik ketika mula-mula masuk kerja, sehingga kekecewaan dan konflik yang dihadapi sehingga suara terketar.

Ia umpama membaca semula blog ini.

Dan sejarah-sejarah lama saya imbau melalui blog ini. Kerana dahulu, blog ini merupakan tempat saya membuang resah. Membuang marah. Blog ini juga menyimpan segala rasa dan cerita yang boleh saya semak semula.

Oh, rupanya banyak kisah yang berulang di sini. Banyak juga resah yang sama berulang-ulang. Ia memperlihatkan diri dua tiga tahun kebelakangan ini. Betapa, ia tergambar dengan teliti dan membentuk diri di sisi yang lain.

Ada azam yang masih tersimpan kemas. Ada impian yang sudah tuntas bertunas. Ada juga harapan yang tinggal harapan. Itu lumrah kehidupan. Dan saya belajar dari kesilapan.

KOMA

Terkesima seketika apabila seorang kawan pejabat menyatakan, "kita terlalu berharap sesuatu yang kita mahu di sini. Sepatutnya, kita ambil apa yang ada di sini untuk kita pelajari dan ambil iktibar."

Ya, ia sama seperti "apa yang paling kita mahu, itulah yang tidak akan kita dapat."

Kerana, Tuhan lebih tahu mana yang terbaik buat hamba-Nya.

Ya, saya pulang, melihat semula apa yang pernah saya mahukan. Dan apa yang telah saya tinggalkan.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Zalila Isa Merupakan Pseorang wartawan dan penulis. Beliau banyak menghasilkan cerpen dan puisi dengan gambar-gambar menarik. Beliau berkongsi karya di http://psittacula.wordpress.com.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!