Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.
"...dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a
Mahabbah dalam ertikata yang sebenarnya ialah kasih dan sayang di antara satu dengan lain semata-mata kerana Allah swt.
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.
"Sediakan payung sebelum hujan" merupakan satu perpatah yang biasa kita dengar. Sememangnya orang dulu-dulu pandai membuat peribahasa. Sebenarnya sesuatu peribahasa itu boleh dikatakan merupakan suatu kiasan atau rumusan terhadap sesuatu perkara. Dengan menggunakan ayat yang pendek dan padat serta cantik pula bunyinya, melalui sesuatu peribahasa kita dapat faham apakah yang maksud yang hendak disampaikan.