Versi: Bahasa Melayu

Selasa, 21 Mei 2013

 408 Pembaca Online

Wallpaper

[Design] Banyak Pahala Dah?

alt

Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah ada kalanya kita senang tergelincir sekali gus terperangkap dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah dosa seperti zina.

[Design] Impi Lukisan Hati

alt

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jenelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada sesiapa pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

[Design] Pintu Taubat

alt

"Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Riwayat Muslim, #2703].

[Design] Yang Paling..

alt

Salah satu fasa yang agak kritikal dalam pembinaan diri adalah menerima kelemahan yang ada pada diri sendiri. Secara fitrahnya manusia memang memiliki banyak kelebihan dan kelemahan. Namun berdiri didepan hakikat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali kelebihan yang banyak menjadikan seseorang itu bongkak dan banggakan diri lalu jatuh kelembah yang dihina oleh Allah SWT. Bukankah kebanyakan ahli neraka itu ialah golongan Mutakabbirin (Orang-orang yang takbur atau sombong). Manakala ada manusia yang terlalu inferior hingga merasakan dirinya tidak bernilai atau ada juga yang terlalu defensive bila berdepan dengan kelemahan diri hingga manusia lain takut untuk memberi nasihat apatah lagi memimpin tangannya apada jalan kebaikan lalu membiarkan jiwanya terkapar-kapar menderita.

[Design] Pause Play

alt

Sabar adalah butang pause untuk kita berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat. Tidak semua apa yang dirancang menjadi kenyataan. Apabila yang dirancang tidak menjadi, hati mula panas mengurangkan sabar.

[Design] Musibah Allah

alt

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

[Design] Jalan Mencari Wang

alt

Kita memerlukan Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

[Design] Siapa Anda Hari Ini?

alt

Susah jika sudah jauh mahu kembali dekat kepada Allah. Bukan Allah itu jauh, tetapi kita yang menjauhkan diri dariNya. Kita memilih untuk jauh. Walhal nikmat Allah itu saja sudah cukup untuk membuatkan kita melihat kebesaran Allah. 

[Design] Warna Warni Usaha

alt

Selalu kan kalau selepas peperiksaan kita akan merasa menyesal. Semua kalau akan berlegar-legar dikepala,

"Kalaulah aku baca buku tu semalam."

"Kalaulah aku study dengan Zaid semalam."

"Kalaulah aku pergi tutor hari itu."

[Design] Yang Paling Besar

alt

Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam.
Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?

Page 8 of 16