Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :
Wallpaper
[Design] Anugerah untuk Umat Muhammad
[Design] Ramadhan Itu Nikmat
Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183 :Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
[Design] Ramadhan Hampir Pergi, Hadiah Menanti
Puasa Ramadhan adalah tetamu, siapa yang melayannya dengan baik maka berjayalah puasanya. Sebelum tetamu ini pergi meninggalkan kita, Allah akan memberi satu hadiah yang istimewa iaitu Lailatul Qadar. Selepas ini (Ramadhan), tiada lagi gandaan pahala ibadat misalnya gandaan 70 kali ganda bagi setiap amalan sunat. Selepas ini amalan diganda mengikut kadar biasa.
[Design] Tawaran Bonanza Ramadhan!
Dari Aisyah radhiAllahu 'anhu berkata: "Bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)
[Design] Tawaran Hebat
Carilah dengan segala upayamu Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh akhir dalam Ramadhan -Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.
[Design] Bilakah Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur'an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha' dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
[Design] Tabir Ramadhan
Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri yang akan mengganjarinya. Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan tidak berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman yang melakukan ibadah puasa ini.
[Design] Ramadhan Indah
Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadhan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya.
[Design] Janganlah Sekadar Berpuasa
Kita lihat disekeliling kita, ramai manusia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ini adalah satu situasi yang baik dan sangatlah beruntungnya seseorang itu apabila menunaikan ibadah ini dengan penuh tawaduk dan semata-mata kerana Allah s.w.t.
[Design] Ramadhan Al-Mubarak
Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menahan diri melakukan perbuatan maksiat.