Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 181 Pembaca Online

Selection Tool / Cutting Tool [Part 1]

baby

Untuk memotong sesuatu imej, anda perlu melakukan Selection (pilihan) pada imej tersebut. Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana untuk melakukannya.

 

 

 

 

Ada beberapa tools yang boleh digunakan untuk membuat selection. Contohnya seperti Marquee, Lasso, Magic Wand dan Pen. Untuk bahagian pertama, kita akan belajar mengenali tentang Marquee Tools.

 

 i. Marquee Tools
Gambar di bawah menunjukkan imej Marquee Tool serta flyoutnya.

 

 

 

Rectangular : Menghasilkan selection berbentuk empat segi.
Elliptical : Menghasilkan selection berbentuk bulat.
Single Row : Menghasilkan satu garisan selection lebar pada imej.
Single Column : Menghasilkan satu garisan selection panjang pada imej.

 

Untuk menghasilkan selection sangat mudah. Hanya klik pada sesuatu tempat tanpa melepaskannya, dan gerakkan mouse anda. Jika mahu selection segi empat sama atau bulatan yang sempurna, ulang step tadi sambil menekan Shift.

 

 

Imej di atas menunjukkan bagaimana paparan yang terhasil bila selection dibuat.

 

Apa yang boleh anda lakukan dengan Marquee Tool?


a. Delete
Tekan Delete pada papan kekunci anda dan bahagian selection akan terpadam dan akan digantikan dengan warna latar belakang imej anda. Jika ia dilakukan pada layer selain layer background, satu lubang kosong akan kelihatan.

b. Memotong
Buat selection dan kemudian arahkan cursor anda pada selection tersebut. Sambil menekan Ctrl, gerakkan cursor anda dan apa yang berlaku ialah bahagian selection akan bergerak dan akan meninggalkan ruang kosong pada imej tersebut.

c. Duplicate
Buat selection dan sambil menekan Ctrl+Alt, gerakkan cursor anda. Imej yang sama seperti dalam selection akan terhasil. Untuk duplicate dan menjadikannya layer lain, klik kanan dan pilih 'Layer via Copy'. Pilih Move Tool dan gerakkan imej tersebut.

d. Menggerakkan
Jika mahu menggerakkan selection, hanya klik pada selection dan jangan melepaskannya. Gerakkannya pada arah yang anda mahu.

e. Memilih kawasan selain selection
Jika anda mahu memilih kawasan selain selection tersebut, klik kanan pada selection dan pilih 'Select Inverse'. Satu selection selain dari selection tadi akan terhasil.

f. Memadam selection
Jika anda tidak mahukan selection itu, anda hanya perlu klik sekali pada selection tersebut dan selection itu ia akan hilang.

g. Selection pada seluruh imej
Tekan Ctrl+A dan jika anda mahu membuat selection pada semua imej.

 

Gambar seagull di bawah diedit dengan menggunakan Marquee Tool.

 

Itu saja untuk bahagian pertama. Bahagian kedua ialah tentang Lasso Tools.

- Artikel iluvislam.com

 

Biodata Kolumnis

Thaharel Bahardin merupakan designer iluvislam.com. Bermula sebagai volunteer pada tahun 2009, beliau mula menjadi designer tetap pada tahun 2012. Kunjungi website beliau di www.thaharstudio.com.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!