Mulai minggu ini, kami di iluvislam.com akan menyediakan tutorial Adobe Photoshop. Bermula dengan asas sehinggalah yang advance!
*Versi Photoshop yang digunakan adalah CS3. Sedikit berbeza dengan versi lain tetapi asas tetap sama, insyaAllah.
Tutorial yang pertama adalah sedikit pengenalan kepada Adobe Photoshop (PS). Sebelum menguasai PS, anda perlu menguasai paparan antaramuka PS terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta, ye tak? Hehe. Jadi untuk mula mendesign, kenali PS terlebih dahulu!
1. Menu Bar - Bahagian ini mengandungi menu.
Sebagai contoh, jika anda mahu melihat senarai filter, klik pada Filters untuk melihat senarai lengkap filter yang telah dipasang. Banyak pilihan yang anda akan guna di bahagian menu ini. Jika anda mahu mengedit gambar, menu Image akan digunakan dengan kerap.
2. Option Bar - Bahagian ini pula membolehkan anda menetapkan keadaan sesuatu tools yang anda gunakan.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan Brush, anda boleh menetapkan sama ada anda inginkan brush itu kecil atau besar.
3. Toolbar - Toolbar mengandungi kebanyakan tool yang akan digunakan dalam PS. Daripada ingin menggerakkan imej sehinggalah untuk masukkan tulisan
4. Filename - Bar ini menunjukkan fail yang sedang anda guna. Jika anda membuka lebih dari satu fail, anda tidak akan keliru kerana setiap fail terdapat nama masing-masing.
5. Workspace - Di sinilah bahagian untuk anda mengedit. Bahagian ini mengandungi design anda atau gambar. Anda boleh menetapkan saiz file atau zoomkan imej tersebut.
6. Docked Windows / Palettes - Dalam versi CS3 dan ke atas, anda boleh mendapati menu-menu tertentu tanpa mencari di bahagian Menu Bar di sini.
Contohnya, anda mahu mengedit teks. Hanya klik pada Character Window dan tutupkannya bila sudah tidak digunakan.
7. Navigator Window - Anda boleh zoom in atau zoom out imej yang sedang anda guna dengan mudah tanpa perlu menggunakan Zoom Tool.
8. Color Window - Bahagian ini adalah di mana anda boleh memilih warna.
Sebagai contoh, jika anda mahu latar belakang design anda berwarna hijau, anda boleh pilih warna hijau di pallete berkenaan.
9. Layer Window - Layer (lapisan) adalah bahagian terpenting. Ia menunjukkan setiap elemen yang berbeza pada design anda dalam turutan.
Sebagai contoh, anda perlu mempunyai layer teks dan gambar pula pada layer yang lain. Layer teks perlu diletakkan di atas layer gambar kerana jika ia di bawah, maka teks tidak akan kelihatan. Penyusunan layer sangat penting untuk menghasilkan design yang baik.
Semua ini adalah bahagian penting pada skrin. Anda perlu kenali bagi memastikan anda mahir menggunakan PS.
Di bawah adalah toolbar dan nama-nama tool tersebut.
Anda juga akan mendapati terdapat tiga segi kecil di bahagian bawah kiri tool yang tertentu. Right click pada tool tersebut, anda akan dapati lebih banyak tool yang berkaitan akan keluar. Ia dinamakan flyout.
Ini pula tools yang dibahagikan mengikut kategori.
Baiklah, setakat ini saja untuk bahagian pengenalan. Asas yang seterusnya akan diterbitkan pada minggu hadapan. Teruskan setia bersama kami. :)
Biodata Kolumnis
Thaharel Bahardin merupakan designer iluvislam.com. Bermula sebagai volunteer pada tahun 2009, beliau mula menjadi designer tetap pada tahun 2012. Kunjungi website beliau di www.thaharstudio.com.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!