
Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira'. Baginda nekad. Tidak mahu "kotoran" jahiliyah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya "senjata" dan "penawar" untuk menghadapi dan mengubatinya.
Sejak berbulan-bulan baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.







Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan & dosa sabgaimana Islam tidak membiarkan mnusia berputus asa dari ampunan Allah.