Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka.
FB Profile Pics
[Design] Yang Terakhir Yang Terindah
[Design] Menghidupkan Masjid Akhir Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Barangsiapa yang mendirikan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampunkan seluruh dosanya yang telah lalu'. Ramadhan datang dengan membawa seluruh macam kebaikan untuk kita umat Islam, cumanya terpulang kepada kita untuk berusaha mencarinya atau tidak. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
[Design] Yang Terutama
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima." (Riwayat Abu Hurairah R.A)
[Design] 1000 Bulan
Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadhan.
[Design] Ya Ramadhan
Ramadhan bakal meninggalkan kita, sejumlah pertanyaan patut direnungkan setiap jiwa yang selalu mengharap ampunan dan keredhaan Rabb-Nya. Bukankah Ramadhan bulan yang membawa rahmat? Sudahkah rahmat Allah yang amat luas melapangkan rongga-rongga dada yang sesat dengan tumpukan noda dosa dan maksiat?
[Design] Mencari Keberkatan Ramadhan
Ramadhan al-Mubarak, bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang dinyatakan Allah sebagai bulan penuh kemuliaan. Seperti yang dimaklumi, pada bulan inilah Allah menurunkan al-Quran, mengampuni dosa serta meninggikan darjat hamba-Nya. Pada setiap malam dalam bulan ini, Allah membebaskan banyak jiwa daripada Api Neraka. Syaitan diikat dan dirantai. Pintu Neraka ditutup sementara pintu Syurga dibuka seluasnya.
[Design] Berdoa Pada Lailatul Qadar
Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."
[Design] Menjelang Aidilfitri
Sebenarnya pada kesempatan ini, saya ingin menjemput para pembaca sekalian untuk membuat satu lagi persiapan sempena menjelangnya Aidil Fitri. Ia adalah satu amal ibadah yang lazim dilupakan atau tenggelam di sebalik keseronokan dan kesibukan persiapan Aidil Fitri. Amal ibadah yang saya maksudkan ialah mencari Lailatul Qadar.
[Design] Bersedia Untuk 10 Malam Terakhir
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr
[Design] Perbanyakkan Zikir Dalam Ramadhan
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.