Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 22 Mei 2013

 247 Pembaca Online

FB Profile Pics

Kisah Sejarah Paling Benar

altSeringkali kita dengar dan baca, manusia belajar dari kesilapan. Kesilapan itu adalah sejarah yang tidak boleh diubah, tetapi menjadi pendorong semangat, tauladan, sempadan dan juga sebagai panduan kepada kehidupan manusia itu. Samada ia mengambilnya dengan perasaan positif atau negatif, itu berdasarkan matlamat jelas untuk masa hadapannya, yakni Akhirat. Ada orang yang mengelak kesilapan dengan belajar dari sejarah orang lain, namun atas dasar berhati-hati, ada sejarah yang telah di manipulasi, seorang tokoh pejuang misalnya, dikatakan pengkhianat dan begitulah sebaliknya, seorang pengkhianat, dikatakan pula seorang pejuang. Jadi, apakah panduan salinan sejarah yang paling benar untuk dijadikan iktibar selain Al-Quran?

May 10, Hari Ibu Juga

altHari-hari adalah Hari Ibu. Ungkapan ini amat menarik dan saya anggap ia amat bersesuaian dan bukan hanya untuk Hari Ibu sahaja kita lafazkan. Menyebut panggilan ibu/emak setiap hari memang tidak lekang dibibir ini. Setiap hari akan disebut panggilan tersebut. Begitulah juga seorang anak yang masih dibawah jagaan kita. Pastinya mereka akan memanggil-manggil nama kita.

Sebarkan Doa dan Sejahtera

altSesungguhnya salam itu merupakan sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam 'alaihi salam sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga, Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam. Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci. Namun, dewasa ini, benar-benar telah terjadi kekejian yang nyata dan perpecahan yang terang di tengah-tengah kaum muslimin! Jikalau engkau melihat mereka, ada saudara semuslim yang melintasi mereka, mereka tidak mengucapkan salam kepadanya. Sebahagian lagi hanya mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja, bahkan mereka merasa aneh ketika ada orang yang tidak dikenalinya memberi salam kepadanya, mereka mengingkarinya dengan menyatakan "Apakah anda mengenali saya?".

Merci Allah

alt'Merci ' [terima kasih] itulah perkataan yang sering saya gunakan sewaktu melawat kota Paris dahulu, kerana itu antara perkataan yang penting serta mudah diingati, dan yang selebihnya bertutur dalam 'Manglish' sambil di rojak dengan bahasa isyarat sahaja. Terasa kelakar pula bila dikenang kembali. .... ALLAHuakbar..

Busuknya Mengganggu Ahli Neraka

altRasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya". (Riwayat al-Bazzar)

Kembali Kepada Fitrah

altDan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).

Siapakah Yang Kuat?

altRasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " (Riwayat Muslim)

Hidup Mengikut Perintah Allah

altAllah telah memerintahkan kita untuk mengikuti Al-Qur'an dan ketika kita buat seperti Nabi Muhammad saw itu, maka kita sedang mengikuti Quran. Al-Quran dan Sunnah adalah hal yang sama. Quran adalah firman Allah dan Sunnah adalah amalan Nabi saw, yang merupakan tafsiran dari Quran.

Semua Masalah Kecil Bila Sentiasa Allahuakbar

altSabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)

Wahai Orang Yang Berselimut

altWahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)

Page 12 of 14