Versi: Bahasa Melayu

Jumaat, 24 Mei 2013

 358 Pembaca Online

[Design] Ramadhan Ditinggalkan, Masjid Jangan Ditinggalkan

alt

Ramadhan telah berlalu pergi. Sewaktu Ramadhan dahulu kita selalu ke masjid menunaikan solat sunat Terawih. Apakah bila Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita, kita turut meninggalkan masjid? Janganlah begitu. Begitu banyak masjid yang indah-indah terbina untuk kita, pasti ia bukan hanya untuk bulan Ramadhan sahaja.

Mengimarahkan Masjid

Alhamdulillah, dapat lagi kita merayakan Aidilfitri yang mulia. Kali ini semuanya baru. Pakaian baru, rumah baru tetapi yang lebih penting ialah jiwa baru selepas melalui proses tarbiah daripada madrasah Ramadhan lalu.

Semoga puasa, sedekah, solat sunat Terawih, bacaan al-Quran kita berjaya menjadi perisai kepada hati yang keras ini daripada sebarang bentuk musibah dan bahaya.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, jadilah kamu hamba-hamba Allah dan jangan kamu menjadi hamba Ramadhan. "Kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan" maksudnya berbuat baik bukan hanya bermusim.

Pergi masjid bukan ikut selera kita atau melihat orang ramai ke sana kita pun pergi. Kenapa kita hanya bersemangat pada bulan Ramadhan? Oleh itu, marilah kita jadikan semangat serta kesungguhan di bulan Ramadhan sebagai 'percikan' bagi meneruskan kerajinan pada 11 bulan mendatang.

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke Kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
(Surah al-Baqarah 2: Ayat 144)
 

Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download)  (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.

 
 


Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!