Kita sebagai manusia sering mengeluh apabila diuji dengan ujian yang berat. Tetapi kita sering lupa, bahawa ujian itu juga adalah anugerah dari Allah s.w.t. Anugerah ini dapat membuatkan kita lebih kuat dan lebih rapat dengan Allah.
E-Kad
[Design] Dalam Susah Ada Senang
[Design] Tangga Kejayaan
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Al-Ra'd, Ayat 11)
[Design] Cinta Manusia Berpada Pada
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.
[Design] Erti Kejayaan
Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.
[Design] Mr & Mrs Right
Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
[Design] Yakin Dengan Janji Allah
Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan
[Design] Sayang Kamu Kamu Kamu Dan Kamu
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat 49: Ayat 13)
[Design] Haq Dan Batil
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.(Surah Qaf 50: Ayat 37)
[Design] Menunggu Lampu Isyarat
Dalam kehidupan seharian, kerap sekali kita akan bertemu dengan lampu isyarat. Jika dibilang, mungkin kita menghabiskan masa berminit-minit hanya untuk menunggu lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau.
[Design] Senyum Pada Cermin, Senyuman Dipantulkan
Saya terinspirasi ketika ada sepasang suami istri berseteru. Saling berebut kebenaran dengan cara SALING menuduh pasangannya yang salah. Kemudian masing-masing (suami dan istri) menganggap dirinya teraniaya, dan pasangannya adalah penganiaya.