Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Syarat yang pertama untuk menjadi seorang yang positif, jangan pernah berkata buruk tentang orang, walaupun ia benar. Carilah jalan pernyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu dengan seboleh-boleh menjaga aibnya. Allah menjaga aib kita, jika kita menjaga aib orang lain. Insya Allah.
Kata Saidina Umar bin Al-Khattab R.A :
"Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik".
Kita juga tidak boleh terus membuat sangkaan atas setiap kata-kata seseorang. Kadang-kadang ianya adalah salah faham. Untuk lebih jelas, pastikan kembali perkara tersebut bersama individu tersebut. Apakah benar perkara yang di maksudkan. Lebih-lebih lagi kini dengan teknologi terkini seperti sms, e-mail, facebook dan lain lain. Di sini bahasanya bisu. Tiada nada dan bahasa badan. Sebenarnya komunikasi memerlukan nada dan juga bahasa badan. Jadi janganlah terus berfikiran negatif jika membaca sms dan status seseorang itu. Bacalah secara positif.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya."
(Al-Isra : 36)
Dalam dunia ini juga terdapat mereka yang hatinya berpenyakit. Suka menjadi batu api. Jadi apapun yang diberitau, siasat kembali. Adakah ia benar ataupun tidak. Jangan terus percaya dengan buta tuli.
Dalam suah al-Hujurat ayat ke-6 Allah berfirman:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."
Jaga diri, jaga hati, jaga iman, dan jaga fikiran.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah Al-Hujurat 49: Ayat 12)
Muat Naik (Upload) E-Kad ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah. (Klik Sini Untuk Download E-Kad)
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
