Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 16 Mei 2012

 709 Pembaca Online

Halaman: Malaysia Hospital Sultanah Bahiyah Perlu Darah Jenis 'A'

Hospital Sultanah Bahiyah Perlu Darah Jenis 'A'

alt

Jabatan Perubatan Transfusi, Pusat Darah Wilayah Utara, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini (Alor Star) memerlukan bekalan darah terutama jenis 'A' bagi menampung keperluan.

Pakar Perunding Hematologi dan Transfusi HSB Dr Abdul Rashid Mohd Ibrahim berkata bekalan darah jenis itu amat kritikal dan memerlukan sumbangan segera.

Orang ramai dirayu agar menderma darah terutama jenis 'A' pada kadar segera, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mereka boleh berbuat demikian di Unit Pendermaan Darah HSB antara pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi hari Ahad hingga Rabu, dan 8 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis.

Unit ini turut dibuka pada Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula 10 pagi hingga 4 petang, katanya.

- Bernama



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!