Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 16 Mei 2012

 730 Pembaca Online

Halaman: Advertorial Jom Bantu Siti Nor Aini Nursing Home

Jom Bantu Siti Nor Aini Nursing Home

alt

 Biarpun dia saudara baru, Dr Abdullah Noel Micheal seharusnya dicemburui kerana sanggup mendedikasikan harta dan masanya semata-mata untuk menjaga warga-warga emas yang kurang bernasib baik di Malaysia. Dinamakan di atas nama isterinya, Siti Nor Aini Chelladurai, 36, pusat jagaan yang ditubuhkannya pada tahun 2009 terus giat beroperasi memelihara kebajikan warga-warga emas yang berpenyakit kronik dan tidak dipedulikan keluarga.

"Apabila mereka melangkah masuk ke tempat ini, mereka sudah menjadi darah daging saya," kata Dr Abdullah Noel.

"Di Pusat Jagaan Siti Nor Aini, warga emas yang kami terima ada yang tidak boleh bangun, minum susu menerusi hidung dan ada juga yang sudah bernanah di belakang badan akibat terlalu lama terbaring. Kami anggap mereka sebahagian anggota keluarga, Isteri saya akan     memasak dan kami semua makan bersama masakan itu umpama keluarga."  sambungnya.

Sejak dibuka tiga tahun lalu, Pusat Jagaan Siti Nor Aini telah menerima 130 penghuni berusia 39 hingga 84 tahun dan dalam tempoh itu, kira-kira 30 orang dipujuk pulang ke pangkuan keluarga manakala 16 lagi sudah meninggal dunia. Beliau juga menguruskan warga emas wanita di pusat jagaannya yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Rose yang terletak berhampiran Pusat Jagaan Siti Nor Aini.

 

Bayangkan kesusahan orang tua-tua yang bergantung pada satu sama lain untuk mengharungi rutin seharian. Mereka
melaluinya di sebuah rumah yang kurang fasilitinya dan sokongan kewangan. Tentunya pada usia mereka, rutin-rutin yang dahulunya
senang telah menjadi rumit dansulit untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun mereka terus memaksa tubuh badan yang lemah meneruskan perjuangan untuk terus hidup.

Kadangkala kita tertanya-tanya, mengapa mereka di sini? Adakah mereka mempunyai keluarga? Di mana ahli keluarga mereka? Apakah perasaan sebenar mereka? Adakah masih ada harapan untuk mereka? Apa tindakan kita?

Apa-apa pun jawapannya, yang penting dan jelas  ialah mereka memerlukan bantuan terutamanya dari segi sokongan dan kewangan.  Dengan perasaan tanggungjawab dan prihatin, Persatuan Sahabat Al-Quran (SAQ) Universiti Tenaga Nasional akan  menganjurkan Malam Kesenian Islam 2 untuk membantu pengutipan sumbangan orang ramai untuk disalurkan ke Siti Noraini Nursing House, disamping memperkenalkan kesenian Islam kepada masyarakat umum khususnya generasi muda sebagai sebuah metod dakwah moden.

 

Bertemakan 'Seni Islam Sepanjang Zaman', Malam Kesenian Islam menjanjikan sebuah pengalaman luar biasa dalam membuktikan kesyumulan islam, menunjukkan bahawasanya Islam bukan sahaja sebuah agama yang hanya diamalkan di masjid dan surau tetapi juga dapat diamalkan biarpun dalam keadaan berhibur sekalipun. Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan daripada Persatuan Pengajian Islam (PPI) Uniten, Sekretariat Rakan Muda (SERAMU) Uniten, Iluvislam, TNB, IKRAM, dan NISA Serdang dan mudah-mudahan program kali ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya sepertimana Malam Kesenian Islam yang pertama iaitu menghebahkan kepada umum tentang hiburan yang di benarkan di dalam Islam sambil beramal dengan menyumbang kepada pertubuhan yg memerlukan. Semoga usaha ini disertai niat yang tulus menjadi amal soleh buat penganjur dan para pengunjung. Tiket boleh di dapati seperti tertera di poster, atau boleh layari http://mkiuniten.blogspot.com atau www.facebook.com/malamkesenianislam untuk info lanjut atau boleh dapatkan pada hari kejadian iaitu pada jumaat ini 10/2/2012, bertempat di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi.

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu
apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". Aali-imran [92]

Sekiranya anda berhasrat untuk menderma ke pusat jagaan Siti Nor Aini secara langsung anda bolehlah menderma ke:

PUSAR JAGAAN SITI NOR AINICIMB ISLAMIC BANK BERHADNOMBOR AKAUN: 1267-0000233-10-1
PENGASAS PUSAT JAGAAN: ABDULLAH NOEL/ SITI NORAINI
(sila maklumkan kepada Siti Noraini- 010 2536750 sejurus selepas anda menderma)

- Artikel iluvislam.com



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!