Kejayaan yang terhasil daripada Malam Kesenian Islam sesi 2009/2010 menyuntik semangat Persatuan Sahabat Al-Quran (SAQ) Universiti Tenaga Nasional untuk meneruskan usaha dakwahnya dengan kembalinya Malam Kesenian Islam buat kali yang kedua.
Bertemakan 'Seni Islam Sepanjang Zaman', matlamat Malam Kesenian Islam kali ini adalahuntuk membantu pengutipan sumbangan masyarakat bagi membantu kewangan Siti NorainiNursing House dan Pertubuhan Kebajikan Rose di mana kedua-duanya di uruskan oleh Dr. Abdullah Noel bersama Isteri beliau Siti Nor Aini. Di samping memperkenalkan kesenianIslam dalam berhibur kepada masyarakat umum khususnya generasi muda.
Sebelum artikel ini diteruskan, dirasakan wajar agar kita bertaaruf sedikit dengan Siti NorainiNursing Home terlebih dahulu. Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan pada tahun 2005, olehPengasasnya, Abdullah Noel dan isterinya Siti Nor Aini, yang pada ketika itu mereka belummemeluk Islam. Mereka sekeluarga memeluk Islam pada tanggal 09.09.09.
Penghuni rumah jagaan Siti Noraini ini terdiri daripada golongan warga emas yang kurang berkemampuan dari segi kesihatan fizikal dan juga kewangan. Kebanyakan mereka menghidap pelbagai penyakit kronik, lumpuh anggota badan, menghidapi penyakit sawan,dan juga telah diabaikan oleh anak-anak. Maka, tidak hairanlah kos operasinya boleh mencecah sehingga RM15000 sebulan.
Selain itu, perjuangan keluarga Dr Abdullah Noel diteruskan lagi dengan pembukaan sebuah lagi pusat kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Rose. Tujuannya sama tetapi pusat ini khas dibuka bagi menempatkan wanita dan ibu-ibu warga emas Islam. Kekurangan infrastruktur mengehadkan bilangan insan-insan yang dapat berteduh di sini. Walhal masih ramai yangmemerlukan tempat meneduh dan bantuan asas.
Prihatin ke atas isu ini, SAQ akan menyumbangkan 70% daripada hasil jualan tiket Malam Kesenian Islam 2 kepada rumah jagaan Siti Noraini dan Pertubuhan Kebajikan Rose.Hasil sumbangan daripada penjualan tiket dan kutipan derma daripada NGO-NGO yang bekerjasama diharapkan dapat meringankan beban kewangan dan melancarkan perjuangankeluarga Dr Abdullah Noel dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan daripada Persatuan Pengajian Islam (PPI)Uniten, Iluvislam, IKRAM, dan NISA Serdang mudah-mudahan program berjalan denganlancar dan mencapai matlamatnya.
Oleh itu, datanglah beramai-ramai memeriahkan lagi suasana MKI 2!! Bertemakan Seni Islam Sepanjang Zaman, akan di meriahkan lagi dengan artis-artis jemputan seperti RamliSarip, Halim Yazid, Way Farer & Muadz, Destiny, K.Anugerah dan ramai lagi. Insyaallah hiburan yang dihidangkan berlandaskan syarak dan diredhai Allah.
?
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Malam Kesenian Islam UNITEN