[Advertorial] Projek Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor
Populasi penduduk Islam di Bandar Bukit Raja (BBR) sehingga penghujung 2010 dianggarkan sekitar 40% daripada 10 ribu buah rumah yang telah didiami. Perkembangan penduduk Islam menunjukkan peningkatan positif sejajar dengan kepesatan pembangunan di BBR dan kawasan sekitarnya.
Justeru, wujud tanggungjawab fardhu kifayyah untuk mendirikan sebuah Masjid di BBR bagi keperluan kariah dan para pengunjung yang menjalankan urusniaga dikawasan BBR dan sekitar. Melihat kepada keperluan sebuah Masjid yang khusus dan selesa kepada kariah BBR maka jawatankuasa pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja telah dibentuk pada November 2009 terdiri daripada wakil setiap kawasan perumahan yang telah dibuka pada masa itu.
Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah masjid yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup komuniti Islam di kawasan ini. Di harapkan terbinanya Masjid Bandar Bukit Raja akan menjadi nadi kepada perkembangan syiar Islam dan seruan kepada amal makruf dan nahi mungkar di Bandar Bukit Raja.
VISI
Mewujudkan sebuah Masjid dengan prasarana yang lengkap untuk keperluan ibadah serta berperanan sebagai pusat untuk pembinaan sahsiah dan kemajuan sosio-ekonomi umat Islam.
MISI
Melengkapkan sebuah Masjid Bandar Bukit Raja Dalam Bajet pada penghujung tahun 2014
Untuk Sumbangan
Media komuniti rasmi untuk para penduduk Bandar Bukit Raja (kariah masjid) dan para penderma untuk dana Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja
Nama: JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA.
Bank CIMB Islamic: 1277-0000702-105
Emel : masjid@bandarbukitraja.org
Info lanjut, Sila Layari blogmasjid.bandarbukitraja.org atau klik facebook Rakan Masjid Bandar Bukit Raja.
Komentar (0)