Bertemakan 'Seni, Budaya & Warisan', Kolej Ungku Omar (KUO) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama iLuvislam.Com akan menganjurkan Karnival Kesenian Islam UO-UKM dan Pertandingan Musabaqah Seni Islam (Terbuka IPT) Peringkat Kebangsaan 2011.
Bermatlamatkan untuk memartabatkan keindahan kesenian Islam kepada golongan belia, karnival ini hadir di tengah-tengah kesibukan menongkah arus pemodenan sebagai suatu kesedaran terhadap tanggungjawab dan keperluan dalam menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk sama-sama memulihkan krisis kehilangan identiti masyarakat Malaysia, khususnya yang beragama Islam terhadap nilai dan martabat kepada seni, budaya dan warisan.
Karnival yang akan berjalan selama 2 hari, mulai 19 Mac 2011 ini akan menghidangkan 1001 pengalaman dan pengetahuan baru, di sekitar konteks seni, budaya dan warisan ketamadunan Islam.
Antara yang ditonjolkan adalah lukisan, bahan bacaan, artifak, muzik, lagu, berzanji, tarannum, dan teater (lakonan). Pertandingan Musabaqah peringkat IPT ini diadakan serentak dengan karnival ini.
Tentatif Karnival Kesenian Islam
Sepanjang Karnival
10 pagi – 10 malam : Pameran dan jualan di gerai-gerai
19 Mac 2011 (Sabtu)
8.30 pagi : Senaman Asma al-Husna
Pendaftaran Pertandingan Musabaqah
9.30 pagi : Selera Idaman
12.00 tgh : Demonstrasi Pengubatan Islam
2.00 petang : Pertandingan Nasyid (Saringan)
Pertandingan Tilawah al-Quran
3.30 petang : Pertandingan Menulis Khat
5.00 petang : Jom Main! (Gameshow)
Pertandingan Azan dan Iqamah
8.30 malam : Pertandingan Nasyid (Peringkat Akhir)
10.15 malam : Teater : Cintaku Milik Siapa?
20 Mac 2011 (Ahad)
9.00 pagi : FEWWIT : Di Mana DIA Di Hatiku?
12.30 tgh : Pertandingan Berzanji
2.00 petang : Pidato Seni Islam
4.00 petang : Islamic Grooming
8.30 malam : Majlis Penutup dan Konsert Seni Islam
Catatan Editor
Kami di iLuvislam.Com menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi program bertema Islamik. Tahniah kepada Kolej Ungku Omar UKM.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Karnival Kesenian Islam UO-UKM