Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 16 Mei 2012

 745 Pembaca Online

Halaman: Advertorial Bersama Cipta Sejarah Melalui iLuvislam!

Bersama Cipta Sejarah Melalui iLuvislam!

alt

Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?

InsyaAllah dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi impak yang akan anda hasilkan adalah besar.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah iluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :

1. Berumur 14 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik
3. Komited dan sayang dengan tugasan yang diberikan
4. Percaya dan cinta kepada misi dan visi iluvislam.com

Jawatan yang boleh dipohon adalah :

1. Editor Artikel  Bahasa Malaysia

Mengedit dan menerbitkan artikel yang telah dianalisa (1 artikel sahaja seminggu - minimum).
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan.

2. Penulis

Menulis 1 artikel atau rencana berdasarkan kategori yang telah dipersetujui setiap minggu.

3. Penganalisa Artikel Bahasa Malaysia

Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com.
Hanya satu sahaja artikel yang perlu dianalisa setiap hari (hanya lebih kurang 10 minit sehari).

4. Team Professional (Termasuk Ustaz, Kaunselor, Doktor dan Lain-Lain)

Menjawab soalan berkaitan bidang kepakaran anda. Contohnya doktor akan menjawab persoalan berkenaan kesihatan

5. Team Soal Jawab

Memeriksa soalan baru yang ditujukan kepada professional (soalan daripada pengguna iluvislam.com)
Memastikan solan pengguna dijawab oleh professional yang berkaitan

6. Team Event Malaysia

Bersama ahli team event Malaysia yang lain menguruskan event iluvislam.com di Malaysia (mesti menetap atau bermastautin di Lembah Klang)

7. Team Promo iLuvislam

Mempromosikan iluvislam.com di sekolah/IPT/pejabat/kawasan perumahan masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan & persatuan Islam (jika ada) sekolah/IPT/pejabat/kawasan perumahan dan iluvislam.com

8. Editor Bahasa Inggeris

Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web versi English (satu artikel seminggu)
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan

9. Penganalisa Bahasa Inggeris

Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com versi internasional
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari

10. Programmer (Web Developer/Application Developer)

Membangunkan applikasi atau website berkaitan iluvislam.com

* Hanya satu jawatan sahaja yang boleh dipohon bagi setiap orang. Jadi, pilihlah yang paling sesuai dengan diri anda..

 

Anda Berminat Menjadi Sebahagian Daripada Famili iluvislam.com?

Hantarkan maklumat berikut kepada email volunteer@iluvislam.com :

1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Telefon Bimbit
4. Alamat Kediaman
5. Tempat Pengajian Terkini
6. Bidang Pengajian
7. Tahap Pengajian
8. Tahun Tamat Pengajian
9. Pekerjaan & Jawatan (Jika Bekerja)
10. Akaun Facebook
11. Laman Web Atau Blog (Jika Ada)
12. Jawatan Yang Dipohon

 

Testimonal Volunteer/Sukarelawan iluvislam.com

"Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana terpilih menjadi salah seorang krew iluvislam. Selain dapat menambah kenalan dan sahabat, saya dapat belajar banyak perkara  baru sepanjang menjadi krew. Di iluvislam, saya berpeluang untuk mengatur dan mengurus pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Sangat seronok  bekerjasama dengan krew yang lain.  Dahulu selepas tamat pengajian, saya tercari-cari medium dakwah yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, iluvislam telah menyempurnakannya. Saya dapat "Sebarkan ayat-ayat cinta" dan kongsikan pengalaman saya semasa pengajian dahulu. Kini, walaupun telah bekerja saya masih berpeluang untuk aktif dalam apa jua aktiviti yang bermanfaat."

Ruhainah Radin, Team Event Malaysia iluvislam.com, 29 Tahun, Bekas Pegawai Sumber Manusia, UIA Gombak

"Menjadi krew iluvislam.com merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan. Saya sangat terkesan dengan jaringan ukhwah yang mantap dan semangat berpasukan yang hebat di antara krew. Ianya membuatkan saya lebih komited untuk berkhidmat kepada Islam. Setinggi-tinggi kesyukuran hanya pada ALLAH. I luv islam!"

Mohamad Azhim Ibrahim, Team Event Malaysia iluvislam.com, 24 Tahun, Akauntan

"Apabila menyertai famili krew iLuvislam.com, saya merasakan sangat beruntung dan bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat krew yang dapat membawa saya ke jalan-Nya, saling ingat mengingati antara satu sama lain walaupun berbeza team. Pengalaman menyertai event bersama-sama famili krew tak dapat saya lupakan seperti Dialog Krew, menjaga booth iLuvislam semasa Pesta Buku Kuala Lumpur dan macam-macam lagi. Semoga tautan ukhwah ini akan berkekalan sampai bila-bila & dirahmati-Nya selalu. InsyaAllah."

Wan Siti Aisyah Wan Abd Rahman, Kaunselor iluvislam.com, 23 Tahun, Mahasiswa Pendidikan (Kaunseling) di UniRAZAK

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

Anda Berminat Menjadi Sebahagian Daripada Famili iluvislam.com?

Hantarkan maklumat berikut kepada email volunteer@iluvislam.com :

1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Telefon Bimbit
4. Alamat Kediaman
5. Tempat Pengajian Terkini
6. Bidang Pengajian
7. Tahap Pengajian
8. Tahun Tamat Pengajian
9. Pekerjaan & Jawatan (Jika Bekerja)
10. Akaun Facebook (Jika Ada)
11. Laman Web Atau Blog (Jika Ada)
12. Jawatan Yang Dipohon

* Tarikh tutup : 30 Jun 2011

* Tempoh proses : Maximum sebulan dari tarikh penghantaran

* Hanya satu jawatan sahaja yang boleh dipohon bagi setiap orang. Jadi, pilihlah yang paling sesuai dengan diri anda..

Kami di iluvislam.com mengalu-alukan kehadiran anda ke dalam famili kami - untuk kita sama-sama mencipta sejarah.

Together WE make history for OUR ummah!

With luv,
Im Koyube
Co-Founder iluvislam.com
Luv Everybody. Hate Nobody.



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!