Versi: Bahasa Melayu

Rabu, 16 Mei 2012

 754 Pembaca Online

Halaman: Berita

Berita

Opick Bertemu Peminat di Malaysia

Print

opick

KUALA LUMPUR – Iluvislam dengan kerjasama TV AlHijrah akan membawakan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Opick bagi bertemu peminat di Malaysia.

Seminar Jutawan Muslim Himpunkan Jutawan Islam Malaysia

Print

jutawan

Ekonomi dalam sesebuah pemerintahan penting dalam memenuhi keperluan pembangunan negara. Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pihak cendikiawan dalam menghasilkan satu natijah yang positif terutamanya dalam membangunkan ekonomi Islam.

Allah berfirman : 

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapiSesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat,kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anakyatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yangmeminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikanzakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabardalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar(imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah : 177)

Bank Muamalat: Perbankan Islam untuk Semua

Print

bank

Shah Alam - Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) kini melancarkan cawangan terbarunya di Laman Seri, Shah Alam. Majlis dilancarkan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mohtar Bin Hani.

Rhythm Of The Soul Bawakan Opick Bertemu Peminat

Print

Kumbang

Buat julung kali, iLuvIslam Radio menampilkan konsert yang bertajuk "Rhythm Of The Soul: Di Bawah Langit Mu".

Konsert ini adalah satu langkah positif yang akan mencorakkan lagi perkembangan muzik Nasyid yang semakin terpinggir sejak kebelakangan ini.

Membawa kelainan, konsert ini buat pertama kalinya membawakan konsep zikir sebagai tema persembahan.

Menambah keterujaan penonton, Rhythm Of The Soul: Di Bawah Langit Mu  ini menampilkan  penyanyi lagu dakwah terkenal Indonesia iaitu Opick, juga merupakan komposer lagu 'Dealova' nyanyian Once.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ketika Cinta Memanggil' juga bakal bergabung dengan beberapa figura besar yang muncul dalam konsert yang sama.

Konvensyen Bidadari Dunia : Wanita Seindah Hiasan

Print

baby

Putrajaya - Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan juga kesopanannya.

Soladiriti Antarabangsa Membelah Palestin

Print

Palestin

Pada bulan Mac 1976, bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak Zionis merampas tanah swasta dan awam secara besar-besaran di kebanyakan kawasan di bumi Palestin.

Didik Jiwa Bahagia Bersama Professor Dr Muhaya

Print

profmuhaya

Hidup bahagia menjadi idaman dan impian semua insan. Mendefinisikan hidup bahagia sememangnya mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata dan sangat mudah untuk disusun dalam bentuk kalimat. Namun erti bahagia itu sendiri masih kurang jelas dan kurang difahami oleh setiap individu.

Untukmu Bidadari Dunia

Print

Kumbang

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.

Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.

Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31

Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

 

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

Atas dasar tangungjawab kepada Ummah, iluvislam merancang bagi mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan kepada para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.

Melalui misi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap, Konvensyen Bidadari Dunia ini bermatlamat melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati. Konvensyen ini juga membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah. Selain itu, ini juga memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.
Konvensyen yang menghimpunkan 19 tokoh wanita terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini membawakan persoalan dan kisah menarik 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.

Antara ahli panel yang dijemput termasuklah Dr Nikki Syuhada Shukor, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Prof. Muhaya dan ramai lagi.

Konvensyen Bidadari Dunia ini bermula dari 24 hingga 25 Mac 2012. Tuan dan puan yang berminat menyertai Konvensyen istimewa khas buat wanita ini boleh melayari www.bidadaridunia.com bagi maklumat lanjut.

Artikel iluvislam.com

Konsert Rhythm Of The Soul: Di Bawah LangitMu

Print

alt

Merupakan satu inisiatif yang cukup berbeza apabila iLuvIslam Radio bakal menganjurkan konsert yang bertajuk "Rhythm Of The Soul: Di Bawah Langit Mu". Konsert ini adalah satu langkah positif yang akan mencorakkan lagi perkembangan muzik Nasyid yang semakin terpinggir sejak kebelakangan ini.

Page 1 of 52

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »